Pelari pecut utama negara, Azeem Fahmi, layak ke separuh akhir acara 100 meter Kejohanan Olarraga Asia apabila mengungguli saringan kedua di Bangkok, Thailand hari ini.

Biarpun kelihatan tidak memerah kudrat sepenuhnya, atlet berusia 19 tahun itu mudah menjadi pelari terpantas ke garisan penamat dengan catatan masa 10.24 saat.

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat yang dilakukannya ketika beraksi dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, turut layak ke separuh akhir selepas menamatkan saringan pertama di tempat keempat.

Khairul Hafiz menamatkan saringan itu dengan catatan masa 10.46 saat.

Dalam acara wanita pula, Zaidatul Husniah Zulkifli, melangkah ke separuh akhir apabila menduduki tempat keempat saringan pertama.

Dia melakukan 11.56 saat, sekali gus memperbaharui catatan peribadi terbaik 11.59 saat yang dilakukannya dalam Sukan Asia ci Jakarta pada 2018.