Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan bahawa skuad hoki 5s negara akan menerima perntukan kerajaan bagi mengembangkan cabang sukan baru itu.

Skuad hoki 5s lelaki negara mencuri tumpuan apabila bergelar naib juara edisi pertama Piala Dunia Hoki 5s selepas tewas 5-2 kepada Belanda dalam aksi final di Muscat, Oman awal pagi tadi.

Semalam, Nadi Arena melaporkan bahawa skuad hoki 5s negara hanya menerima elaun RM40 sehari (RM960 sebulan) tetapi Hannah berkata sukan berkenaan merupakan satu cabang baru sukan hoki dan dana buat mereka akan diperuntukkan selepas ini.

Selain itu, Hannah juga memaklumkan bahawa sukan hoki menerima perentukan sejumlah RM5.63 juta sepanjang tahun lalu.

"Mari fahami berapa peruntukan untuk sukan hoki di Malaysia," katanya dalam satu hantaran media sosial.

"Bagi tahun 2023, lima pasukan menerima jumlah besar RM5.63 juta.

"World Cup Hoki 5s ini acara BARU, kali pertama 2024 untuk pasukan lelaki dan wanita. Kami sedang usahakan bantuan.

"Jumlah besar tujuh pasukan sekarang yang akan dibantu oleh KBSMalaysia dan Majlis Sukan Negara Malaysia."