Saingan Hari Kedua Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner di Sibu, Sarawak menawarkan jalan cerita dramatik menuju hari terakhir saingan esok.

Pemain berpengalaman negara, Ben Heong kekal berada di kelas tersendiri apabila terus mendahului saingan.

Sensasi Ben Leong menamatkan saingan dengan keputusan 66 pukulan, empat di bawah par -- selepas merekodkan enam birdie dan double boogey.

Biarpun Edven Ying dan Daeng Rahman cuba menghadirkan tentangan namun, teknik pukulan Ben Leong tiada tandingannya.

Ini kerana, pemain veteran berusia 38 tahun itu kini sedang berguru bersama jurulatih, Kevin Smeltz, yang berpangkalan di Akademi PGA dengan menggunakan teknologi canggih yang mempertingkatkan teknik pukulannya.

Dalam saingan wanita pula, penyudah klimaks dipersembahkan apabila pemain berstatus amatur, Mirabel Ting merampas takhta pendahulu daripada Geraldine Wong.

Mirabel yang berpangkalan di Amerika Syarikat bagi pengajiannya di Universiti Florida, ternyata memberikan kelebihan dalam permainannya selepas berlatih dan beraksi secara kompetitif.