Juara 10 kali Liga Super berturut-turut, Johor Darul Ta'zim, meneruskan rentak cemerlang dalam kempen pramusim mereka di Sepanyol selepas mengatasi kelab dari divisyen empat, CF La Nucia 3-1, sebentar tadi.

Dua jaringan tersebut hasil daripada Oscar Arribas dan satu lagi gol daripada pemain import baru kelab itu Nicolao Dumitru.




JDT akan menghadapi lima lagi baki perlawanan dalam kempen pramusim mereka di Sepanyol bagi terus memperkuatkan pasukan dengan selepas ini akan berdepan UD Castellonense pada hari Isnin depan.