Di sebalik desas desus rombakan besar bagi barisan kejurulatihan skuad hoki lelaki negara, Datuk Seri Subahan Kamal, mengesahkan sukan hoki lima sepasukan (5s) dalam Sukan SEA 2025.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) turut melaungkan keyakinan untuk memburu kesemua enam pingat emas yang dipertandingkan termasuk hoki padang serta hoki dalam dewan.

Subahan mengesahkan akan ada penstrukturan semula melibatkan pembentukan skuad hoki 5s memadangkan skuad sedia ada hanyalah pemilihan pemain buangan daripada hoki padang.

"Saya ada terbaca tentang (sentimen) kembalikan kegemilangan hoki Malaysia.

"Bagi saya kegemilangan itu Malaysia menang medal dalam Sukan Olimpik atau Piala Dunia.

"Pada 1975 (menang gangsa selaku semifinalis), ketika itu kita bermain di atas rumput dan tidak banyak pasukan. Itu pencapaian terbaik.


"Selepas itu kita ada menang pingat perak dalam Piala Dunia. Ada yang mengatakan hoki semakin lesu tapi hari ini hoki diumumkan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2025.

"Kami tahu apa yang sedang dilakukan cuma kami tidak bercerita mengenainya secara terbuka, namun kami mempunyai perancangan," kata presiden KHM itu.