Penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Bo Amir Iqram, turut hadir bagi memeriahkan saingan Toyota Q Tour Shcool leg 2 yang telah dilangsungkan di Kota Seriemas Golf & Country Club, Nilai bermula Selasa ini.

Kehadirannya bukan untuk membuat persembahan nyanyian, malah Amir yang popular dengan lagu berjudul 'Bedroom Sanctuary' akan bersaing dengan misi untuk mendapatkan kad kelayakan ke Kejohanan Toyota Tour 2024/25.






Saigan hari pertama menyaksikan dia mencatat 77 pukulan lima di atas par menerusi dua birdie disebalik dihantui dengan lima bogey tatkala kejohanan itu turut disertai seramai 82 peserta terdiri daripada pemain profesional dan amatur.


"Ia adalah permulaan yang baik, saya suka dengan pukulan 9 lubang pertama, kemudian kali kedua susulan rumput basah dengan faktor keletihan maka saya meraih 5 di atas par.

"Saya bermain golf dari kecil dan pernah turut serta beberapa kejohanan, kemudian berhenti dan saya menceburi sukan papan selaju dan terus masuk ke bidang muzik. Sekarang kembali main golf." katanya kepada wartawan Astro