Usain Bolt memberitahu kepada Justin Gatlin bahawa dia tidak berhak dicemuh selepas merampas pingat emas dalam acara 100 meter Kejohanan Dunia IAAF.
Gatlin telah digantung sebanyak dua kali dalam kariernya kerana pengambilan bahan terlarang dan menerima satu layanan yang kurang baik di Stadium London berbanding Bolt, dengan pelari dari Amerika Syarikat itu dicemuh manakala Bolt terus diberikan sokongan padu.
Atlet berusia 35 tahun itu terus dihujani cemuhan selepas dia menjadi orang pertama menewaskan Bolt dalam acara 100m dan mencipta sejarah apabila muncul atlet tertua untuk memenangi acara tersebut dengan catatan masa 9.92 saat.
Bolt, yang mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga di belakang Christian Coleman dan Gatlin, mendedahkan Bolt memberikan sokongan kepadanya selepas tamat perlumbaan tersebut.
"Kami adalah musuh di trek tetapi kami masih lagi mampu berjenaka," kata Gatlin.
"Perkara pertama yang dia beritahu kepada saya adalah, 'tahniah, anda telah bekerja keras untuk kejayaan ini. Katanya lagi, 'anda tidak layak dicemuh' dan saya berterima kasih kerana memberikan inspirasi kepada saya."
Bagaimanapun, Gatlin tidak tergugat dengan layanan yang diberikan kepadanya.
"Saya hanya memberikan fokus kepada perlumbaan saya sepanjang saingan kali ini. Saya menyimpan tenaga saya sehingga saingan separuh akhir sebelum memberikan yang terbaik dalam final."
Penulis Jemputan
Sun Aug 06 2017
Bintang muda Jamaica lebur rekod 22 tahun milik Usain Bolt
Bintang muda Jamaica mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia Usain Bolt dalam acara 400 meter bagi kategori B17.
Bolt: Manchester United lupa sumbangan Cristiano Ronaldo musim lalu
Usain Bolt kecewa melihat Cristiano Ronaldo meninggalkan Manchester United sambil memuji penyerang itu kerana membantu kelab berkenaan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
Bolt tidak terfikir kembali ke balapan
Juara Olimpik lapan kali, Usain Bolt, tidak memikirkan untuk kembali ke pentas olahraga walaupun berasakan godaan untuk membuat penampilan semula.
Tokyo 2020: Penantian cukup bermakna buat De Grasse
Andre De Grasse berkata ia merupakan 'penantian yang cukup bernilai' selepas akhirnya memenangi pingat emas dalam kejohanan antarabangsa apabila muncul juara acara 200m dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Elaine Thompson-Herah melengkapkan dominasi dalam acara pecut Sukan Olimpik selepas meraih pingat emas kedua menerusi acara 200 meter.
Tokyo 2020: Perbaiki hubungan dengan bapa faktor kemenangan Jacobs
Marcell Jacobs berasakan hubungan baik yang diperbaiki dengan bapanya sebagai faktor utama dia berjaya menggantikan Usain Bolt sebagai juara Olimpik 100 meter.
Tokyo 2020: Bolt raikan kejayaan Jamaica sapu bersih pingat 100m wanita
Jamaica menyapu bersih ketiga-tiga pingat dalam acara pecut 100 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 malam tadi dengan pemenang pingat emas, Elaine Thompson-Herah, memecahkan rekod kejohanan.
Cristiano Ronaldo memang lebih laju daripada saya, kata Usain Bolt
Usain Bolt percaya bintang Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo, sememangnya lebih laju daripadanya.
EPL: Lebih baik saya ambil Usain Bolt, kata Ancelotti tentang James
Carlo Ancelotti tidak kisah dengan tahap kecergasan dan fizikal pemain barunya, James Rodriguez, sambil berseloroh bahawa adalah lebih baik untuk dia menandatangani Usain Bolt jika faktor itu dijadikan keutamaan.
Rekod Bolt akan bertahan lebih 10 tahun
Bekas pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, yakin rekod yang dipegang dalam acara pecut akan bertahan dalam tempoh yang panjang.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa