Bintang muda Jamaica mencipta sejarah dengan memecahkan rekod dunia Usain Bolt dalam acara 400 meter bagi kategori B17.

Nickecoy Bramwell memperbaiki 0.07 saat berbanding catatan masa pemenang pingat emas Olimpik lapan kali itu.

Bolt mencatat masa 47.33 saat dan ia telah bertahan selama 22 tahun.

Pada usia hanya 16 tahun, Bramwell adalah pemegang rekod U17 yang pulang dalam masa 47.26 saat.

Dalam saingan Sukan Carifta ke-51 di Stadium Kirani James Athletic di Grenada, atlet muda itu mencatatkan namanya dalam buku sejarah.

Bramwell telah menyertai perlumbaan dengan beberapa kebimbangan mengenai kecergasannya.

Namun dia menepis masalah tersebut apabila merekodkan catatan baru dalam acara 400m.

Menggambarkan pencapaian cemerlangnya, Bramwell berkata, "Ia adalah perasaan yang indah untuk memecahkan rekod.

“Sejak musim panas lalu, saya telah mengintai rekod itu.

"Jadi ia adalah perasaan yang hebat saya berjaya melakukannya."

Bramwell, yang masih pelajar di Calabar High di Kingston, nampaknya akan mengikuti langkah kehebatan selepas memecah salah satu rekod Bolt.

Selain pingat Olimpik Bolt, dia memegang 11 gelaran Kejohanan Dunia dan juga pemegang rekod dunia dalam acara 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti.

Jika kerjaya Bramwell ternyata sama seperti Bolt, maka dunia olahraga bakal menantikan bintang baru yang bakal menggegar dunia.

Sumber: TalkSPORT