Hulkenberg, 36, tidak bukanlah pemandu utama sejak kemunculannya pada 2019 tetapi telah mempamerkan prestasi mengagumkan sejak menggantikan Mick Schumacher.
Magnussen, 30, diberikan tugasan kedua musim lalu selepas pemandu Russia, Nikita Mazepin, dipecat.
Bercakap menjelang Grand Prix (GP) Belanda hujung minggu ini, Prinsipal Haas, Guenther Steiner, berkata: “Adalah selamat untuk mengatakan bahawa kami mempunyai gandingan pemandu yang sangat mantap dalam Formula Satu (F1) musim ini dan akhirnya tiada sebab untuk mengubahnya demi bergerak ke hadapan.
We retain Nico Hulkenberg and Kevin Magnussen for the 2024 season! ✍️
— MoneyGram Haas F1 Team (@HaasF1Team) August 24, 2023
More details here ⤵️#HaasF1 https://t.co/YLgdLvkzHh
“Kevin jelas amat kami kenali dan saya gembira dia akan kembali untuk musim ketujuhnya bersama Haas. Dengan 113 permulaan untuk pasukan ini sahaja, kami tahu di mana kekuatannya terletak dan pengetahuan serta pengalamannya mengenai organisasi kami juga sangat secocok.
"Di garaj pula, Nico juga tenang dan membuktikan dirinya sebagai ahli pasukan yang berharga. Dia menghampiri 200 permulaan aksi F1 dan kami sangat gembira atas pengalamannya bersama kami."
Melangkah ke separuh kedua kempen 22 pusingan tahun ini, Haas kini menghuni tangga kelapan daripada 10 pengeluar.