Pasukan pilihan, England, dilihat bersikap tenang terhadap kritikan daripada semua peminat mengenai prestasi hambar mereka mempunyai pengalaman luas dalam kejohanan besar sebelum ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya mengutip empat mata daripada dua perlawanan kumpulan Euro 2024 menentang Serbia dan Denmark namun, mempamerkan persembahan kurang memberangsangkan secara keseluruhan.

Menjelang aksi akhir kumpulan bertemu Slovenia, pasukan yang diketuai pemain Bayern Munich, Harry Kane, hanya memerlukan keputusan seri untuk menjamin slot ke pusingan seterusnya bagi meneruskan impian mereka bergelar juara kejohanan berprestij itu.

"Kem pasukan The Three Lions berada dalam keadaan terbaik dan tidak berfikir tentang sebarang komen negatif daripada pelbagai pihak.

"Minda pemain ketika ini sedang fokus selain tidak mahu menghiraukan sebarang persepsi aneh untuk terus memberikan keputusan positif dalam perlawanan terakhir kumpulan," kata pemain West Ham, Jarrod Bowen.