Stadium Astro
Sun Jul 07 2024
Pemerhati bola sepak, Jamie O'Hara menyifatkan Harry Kane sebagai Cristiano Ronaldo versi England ketika dia menyelar kapten Three Lions itu atas persembahan hambar pada perlawanan suku akhir menentang Switzerland.
Kane sekali lagi diberikan tangggungjawab mengetuai jentera serangan England tetapi gagal mempamerkan persembahan diharapkan dalam perlawanan tersebut.
O'Hara yang juga bekas pemain Tottenham Hotspur telah melabel Kane sebagai 'malas' dan berkata bahawa penyerang Bayern Munich itu adalah satu-satunya pemain yang mengecewakannya pada separuh masa pertama.
"Dia kelihatan tidak cergas, dia malas. Dia betul-betul menimbulkan kemarahan saya.
"Saya bimbang kita akan mempunyai Ronaldo dalam pasukan, dan kita terpaksa menurunkannya," katanya kepada talkSPORT.
O'Hara bukan satu-satunya pengkritik yang mengkritik kapten England itu semasa separuh masa pertama.
Pengulas BBC, Alan Shearer turut menyifatkan Kane tidak cukup tajam terutama gagal menghidu peluang hantaran baik daripada Bukayo Saka dalam tempoh 45 minit awal perlawanan.
"Ia adalah bola yang bagus dan Bukayo Saka mungkin akan berkata 'di manakah anda?'
"Saka menanti pemain untuk masuk ke dalam kotak penalti dan Harry Kane langsung tidak bergerak," katanya.
Perbandingan dengan Ronaldo adalah dakwaan buruk terhadap kapten England, ketika bintang Portugal itu bergelut sepanjang Euro 2024.
Ronaldo berdepan kritikan hebat atas persembahannya kerana dia gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan ketika Portugal berada dalam kejohanan itu.
Pemain berusia 39 tahun itu gagal menjaringkan gol dengan 23 percubaan yang dilakukannya.
Ronaldo menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti menentang Perancis, walaupun kesilapan Joao Felix menyebabkan mereka tersingkir di suku akhir.
Persembahan Kane, seperti kebanyakan bintang England, telah mendapat perhatian di Euro.
Kapten England itu telah menjaringkan dua gol dalam kejohanan itu, dengan satu gol menentang Denmark dalam peringkat kumpulan, dan gol penting menentang Slovakia dalam masa tambahan pada peringkat 16 terakhir. -- Sinar Harian
Terkini Liga Super: Aksi Perak-JDT tangguh lagi! Semua pemain sudah berkemas
Perlawanan di antara Perak bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) ditangguhkan sekali lagi ekoran cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak memuaskan di Stadium Perak, Ipoh, ketika ini.
EPL: Liverpool menang tipis, Diogo Jota wira Arne Slot
Liverpool terus menghuni carta Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya memenangi perlawanan bertemu Crystal Palace di Selhurst Park, sebentar tadi.
Terkini Liga Super: Mustahil untuk main -- Hector Bidoglio ekoran aksi Perak-JDT bermula lewat, padang becak
Perlawanan tertunda Liga Super Malaysia di antara Perak bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) ditangguh ke pukul 9.15 malam ekoran hujan lebat yang turun membasahi Stadium Perak, Ipoh, kini.
Berita perpindahan Jese Rodriguez dapat perhatian Fabrizio Romano
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sah menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Bukan James tapi Jese Rodriguez!
Pengumuman bekas bintang Real Madrid ke juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mendapat sambutan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penonton setia Liga Super Malaysia.
Sah! Bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez senjata terbaru JDT
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), sah menandatangani khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Liga Super: 500 anggota polis kawal keselamatan aksi Perak-JDT malam ini
Polis membuat persiapan rapi dengan menempatkan 500 pegawai dan anggota bagi mengawal keselamatan pada perlawanan ulangan Liga Super Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak, malam ini.
Bekas bintang Real Madrid sertai JDT?
Pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dilaporkan akan mendapatkan khidmat bekas bintang Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG), Jese Rodriguez.
Bundesliga: Bayern Munich hilang khidmat Jamal Musiala
Bayern Munich mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Jamal Musiala, terpaksa direhatkan buat sementara waktu selepas mengalami kecederaan pinggul ketika tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin.
Serie A: Kecemerlangan Lukaku kekalkan Napoli di puncak
Romelu Lukaku meneruskan permulaan cemerlangnya di Napoli apabila pemain kebangsaan Belgium itu menghasilkan satu gol dan dua bantuan jaringan ketika meraih kemenangan 3-1 ke atas Como di Stadio Diego Armando Maradona awal pagi tadi.
Fonseca has no intention of changing winning formula
Fonseca not changing winning side
Szczesny made to wait for Barcelona debut
Wojciech Szczesny signed for Barcelona earlier this week, but he will have to wait until after the international break for his first game.
Brentford defeat 'my worst game as a coach', says O'Neil
Wolves enter the international break bottom of the Premier League, with head coach Gary O'Neil slamming their display against Brentford.
Everton 0-0 Newcastle United: Pickford penalty heroics deny Goodison old boy Gordon
Anthony Gordon was denied a goalscoring return to Goodison Park by Jordan Pickford, who saved a first-half penalty in a goalless draw.
Arsenal 'always find a way' – Arteta
Arsenal fell behind on Saturday, but Mikel Arteta was delighted with his team's comeback against Southampton.
Lopetegui praises West Ham's 'strong mentality' after first home win
West Ham picked up their first home win of the Premier League season on Saturday, seeing off Ipswich Town 4-1.
Championship: Sheff Utd joint-top after win over Luton, Rooney sent off but Plymouth prevail
Sheffield United are level on points with Sunderland at the top of the Championship after defeating Luton Town.
Michel craving bolder approach to halt Girona losing streak
Girona are winless in their last six games in all competitions, with head coach Michel wanting to see an improvement in the forward areas.
Al-Nassr 3-0 Al-Orubah: Mane double helps hosts close in on leaders
Stefano Pioli's winning start to life at Al-Nassr continued, with Cristiano Ronaldo and Sadio Mane scoring in a 3-0 win over Al-Orubah.
Kovacic dedicates Man City double to future child
Mateo Kovacic was an unlikely goalscorer for Manchester City, and there was added significance to his efforts against Fulham.