Liverpool akan membenarkan beberapa pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan untuk jendela perpindahan Januari, dengan kelab dijangkakan memberi lebih banyak pinjaman khususnya.

Terdapat beberapa tawaran untuk Trent Alexander-Arnold dan Ben Doak yang masih jadi titik tolak buat The Reds dalam memastikan konsistensi pasukan tidak terjejas.

Tiga pemain yang membarisi skuad skuad utama iaitu penyerang Jayden Danns, pemain tengah James McConnell dan penjaga gol Harvey Davies dikhabarkan menarik minat daripada pasukan lain secara pinjaman.


Sementara James Norris, Dominic Corness, Tom Hill dan James Balagizi yang baru cergas semula selepas kecederaan hamstring jangka panjang, semuanya akan dilepaskan kelab.

Seorang lagi pemain yang hampir pasti akan pergi ialah penjaga gol berusia 21 tahun, Jakub Ojrzynski yang bersedia untuk menghabiskan kempen secara pinjaman dengan kelab dari Cyprus, Spartakos Kitiou selepas perjanjian itu gagal kerana masalah dokumentasi kerja.


Pengurus, Arne Slot dalam fasa mencongak strategi untuk mengekalkan rekod cemerlang ketika ini dengan menjadi pendahulu di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam misi buru trofi pertamanya.