CHELSEA 0 ARSENAL 5

Mikel Arteta memuji persembahan luar biasa daripada Kai Havertz selepas dua golnya membantu Arsenal mendahului tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 5-0 ke atas Chelsea di Stadium Emirates, awal pagi tadi.


Pemain berusia 24 tahun itu, yang bergelut dalam penampilan awalnya selepas berpindah dari Stamford Bridge ke utara London pada musim panas lalu, memperagakan satu persembahan hebat ketika bertemu bekas pasukannya, sekali gus membantu pendahulu itu menambah kesengsaraan pengurus pelawat, Mauricio Pochettino, yang menyaksikannya anak buahnya menghuni di tangga kesembilan.

Havertz meledak gol berganda dalam tempoh 18 minit separuh masa kedua untuk barisan kendalian pasukan Arteta itu menang buat kali kedua dalam tempoh empat hari bagi merawat duka terhadap dua kekalahan berturut-turut kepada Aston Villa dan Bayern Munich.




“Dia (Havertz) sukar dipercayai, di semua posisi,” kata Arteta.

“Bagi seorang pemain nombor sembilan, sumbangan penyudahnya adalah begitu hebat.

"Ia satu persoalanan buat dirinya sendiri tetapi saya pasti dia sangat gembira.”