Mauricio Pochettino mengecam spekulasi berterusan mengenai masa depannya di Chelsea dengan menyifatkannya sebagai khabar angin bodoh.

Pochettino merakam kemenangan 2-0 ke atas bekas majikannya, Tottenham, semalam untuk muncul selaku pengurus pertama kelab berkenaan yang melengkapkan dua kemenangan ke atas seteru London itu.

"Saya sudah cukup muak dengan khabar angin seperti ini.

"Saya mempunyai setahun lagi kontrak di sini dan tiada siapa yang memaklumkan apa-apa kepada saya, saya rasa akan kekal," katanya.




“Hanya jika selepas musim berakhir dan seseorang kemudian berkata kepada saya 'ciao'. Tetapi setakat ini kita tidak tahu.

"Saya masih mempunyai kontrak berbaki setahun lagi dan saya mahu kekal di sini. Cukuplah mengenai khabar angin bodoh ini.

"Anda perlu bertanya kepada kelab sama ada mereka mahu saya teruskan perkhidmatan atau tidak, bukan dengan menulis perkara yang tidak masuk akal."