Selepas tewas kepada pasukan tuan rumah, Perak Bison, Selangor Pistons kembali dalam saingan apabila mudah menewaskan PDRM Defenders dalam perlawanan straight set di Grand Prix (GP) Perak, Emas Anuar Liga Sepaktakraw (STL) Premier di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan Selangor Pistons yang dianggotai oleh Zuhri Zin, Arif Badri dan Ariff Daniel mudah memberi tekanan kepada PDRM Defenders untuk mengungguli 15-11 dalam tempoh 21 minit.

Kecemerlangan tersebut diteruskan oleh skuad kendalian Azman Hamid apabila tidak memberikan sebarang pulang buat pasukan lawan untuk mendahului permainan.

Set kedua turut didominasi oleh Selangor Pistons yang mengutip mata tanpa membuat kesilapan mudah untuk menoktahkan kemenangan 15-9.