Kecekalan Negeri Sembilan Antlers mengharungi detik getir permainan memberi pulangan berbaloi apabila mara ke pentas final Grand Prix (GP) Johor, Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier selepas menundukkan Perak Bison 2-1, sebentar tadi.
Stadium Arena Larkin menjadi saksi kebangkitan Antlers yang mempertaruhkan trio tempatan, Haziq Hairul Nizam, Zulefendi Sumari dan Hafizul Hayazi Adnan (pelibas) untuk menjamin tiket final GP musim ini buat julung kalinya.
Anak buah Rahimy Rahim itu jelas masih tercari-cari rentak yang menyaksikan suatu ketika mereka ketinggalan enam mata untuk menyekat kemenangan Bison mendominasi set pertama 15-13.
Permainan bertambah rancak dalam set kedua apabila mereka saling berbalas mata yang menyaksikan pelibas banyak memainkan peranan utama dalam kutipan mata.
Tetapi selepas terikat 5-5, Antlers kembali di kedudukan sukar apabila ketinggalan 5-8 sebelum situasi itu berjaya diimbangi.
Dan di penghujung permainan, giliran tekong pula mencuri perhatian dengan kemenangan 17-16 memihak Antlers.
Keyakinan yang semakin meningkat membantu Antlers menguasai gelanggang dan selepas 'time out' di kedudukan 6-5, mereka semakin selesa mengutip satu persatu mata.
Keadaan itu memaksa kem Bison memasukkan tekong, Meor Zulfikar Mat Amin, bagi menggantikan Kritsada Sungvung di pertengahan set penentuan.
Begitupun, ia belum memadai untuk menyekat kemenangan 15-9 Antlers daripada mengatur pertemuan final dengan Kuala Lumpur Thunder, malam ini.
Shaiful Shamsudin
Sat Nov 02 2024
Emas Anuar STL: Keputusan undian jadual Champions Cup 2024
Keputusan undian Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) Champions Cup 2024 semalam menyaksikan beberapa pertembungan menarik dijangka berlaku.
Emas Anuar STL: KL Thunder sapu bersih lima gelaran GP, kekal pasukan terkuat musim ini
Kuala Lumpur Thunder terus menjadi kuasa besar pasukan terkuat selepas menyapu bersih semua gelaran daripada Grand Prix Selangor sehingga GP Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL), musim ini.
Emas Anuar STL: Tempat ketiga milik Selangor Pistons
Selangor Pistons menutup siri jelajah Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) dengan meraih tempat ketiga selepas menewaskan Perak Bison, sebentar tadi.
Emas Anuar STL: Aksi dramatik bawa Negeri Sembilan Antlers ke final GP Johor
Kecekalan Negeri Sembilan Antlers mengharungi detik getir permainan memberi pulangan berbaloi apabila mara ke pentas final Grand Prix (GP) Johor, Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) Premier selepas menundukkan Perak Bison 2-1, sebentar tadi.
Emas Anuar STL: KL Thunder terlalu unggul, singkir Johor Tigris di laman sendiri
Kuala Lumpur Thunder jelas terlalu unggul dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim ini apabila mudah menewaskan tuan rumah, Johor Tigris, dalam suku akhir GP Johor di Arena Larkin sebentar tadi.
Emas Anuar STL: Perak Bison bangkit singkir cabaran ATM Guardians
Perak Bison mengekalkan status sebagai pasukan gergasi Liga Sepak Takraw (STL) apabila menyingkirkan ATM Guardians 2-1 dalam perlawanan suku akhir GP Johor di Arena Larkin sebentar tadi.
Emas Anuar STL: Negeri Sembilan Antlers cemas sebelum ke separuh akhir
Perak Bison atau ATM Guardians menjadi lawan Negeri Sembilan Antlers dalam perlawanan separuh akhir Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 diteruskan di di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, esok.
Emas Anuar STL: Selangor Pistons syukur lepasi halangan suku akhir
Selangor Pistons melangkah ke separuh akhir Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 selepas meraih kemenangan bergaya menentang PDRM Defenders, sebentar tadi.
Emas Anuar STL: Keputusan undian suku akhir Grand Prix Johor
Saingan suku akhir Grand Prix Johor, Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2024 diteruskan di di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, esok.
Emas Anuar STL: Johor Tigris pamer kehebatan di Larkin
Johor Tigris dinobat sebagai juara Kumpulan A Grand Prix Johor Emas Anuar Sepaktakraw League (STL) selepas menewaskan Negeri Sembilan Antlers straight set 2-0 di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi.
Silva grateful Fulham's dominance was rewarded with late win
Silva grateful for late win
Guardiola expecting challenging season for injury-hit Man City
Pep expects challenging season
Returning fan favourite Alonso calls Liverpool 'one of Europe's best'
Alonso relishing Anfield return
Fulham 2-1 Brentford: Wilson's late brace seals comeback win
Report: Fulham 2-1 Brentford
Neymar suffers fresh injury blow
Neymar injured in Al-Hilal win
Juve must play at their limits against in-form Lille, warns Motta
Motta warns Juve of Lille threat
Smith not pinning blame on Ford for England loss
Smith: Ford not to blame for loss
Gyokeres rated above Haaland by Sporting captain Hjulmand
Gyokeres 'better than Haaland'
Arsenal sporting director Edu steps down
Edu quits Arsenal
Amorim: Man Utd will think 'new Alex Ferguson has arrived' if Sporting beat Man City
Amorim ready for scrutiny v City