Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, akur bahawa keputusan amat mustahak di peringkat getir musim ini tatkala dia ingin menamatkan perlawanan 'Derby Merseyside' terakhir dengan merakamkan kemenangan di Goodison Park.

Klopp hanya kalah sekali daripada 18 perlawanan sepanjang rekod menentang The Toffees -- tewas dalam perlawanan tertutup di Anfield pada Februari 2021 -– tetapi di seluruh Stanley Park pula, kunjungannya hanya berakhir dengan dua kemenangan dan lima seri.

Lantas, Kloop terkejut dengan beberapa reaksi terhadap kemenangan 3-1 di Fulham, kelmarin, yang mengundang kritikan kerana corak permainan mereka yang kurang lancar sambil menegaskan kemenangan adalah objektif utama, apatah lagi tiada sebarang kesilapan boleh berlaku tatkala mereka sedang menguasai tangga ketiga.

"Saya tahu ini adalah bahagian terakhir musim ini: ia bukan tentang permainan menarik yang perlu ditonjolkan sepanjang tahun. Ia boleh menjadi pelik, bersesuaianlah dengan jadual semua pasukan," katanya yang akan kehilangan khidmat Diogo Jota sekurang-kurangnya dua minggu selepas penyerang itu tercedera ketika menjaringkan gol di Craven Cottage.

“Kami perlu memenangi perlawanan dan saya fikir kami tahu bagaimana untuk melakukannya. Kami perlu memastikan semua orang memahami cara kami mahu cuba untuk menang awal pagi esok.


View this post on Instagram

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc)



“Saya tidak akan mengatakan bahawa satu perlawanan yang mudah tetapi setakat dua minggu lalu, semuanya mungkin lebih baik di luar jangkaan sesiapa.

“Kemudian kami mempunyai minggu yang buruk (kalah kepada Atalanta dan Crystal Palace) sedangkan persembahan kami selepas itu tidaklah seburuk keputusannya.

"Dan persoalan mengenai mengapa kami tidak banyak menjaringkan gol? Tetapi jika diamati jumlah jaringan kami, ya ada dua pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada kami (Arsenal dan Manchester City).

"Dan selain dua pasukan ini, tiada lagi kelab yang merekodkan lebih 50 gol daripada kami.

“Ia sentiasa mengenai bagaimana anda mengembalikan rentak dalam perlawanan seterusnya dan kami kebiasaanya ia terlaksana. Saya sangat gembira dengan tindak balas pasukan.”