Seramai 35 peserta menyertai program komuniti yang pertama kali diadakan bertujuan sebagai pemanas badan untuk Liga Malaysia musim ini serta untuk membina hubungan baik di antara hos/tetamu pakar bola sepak Astro bersama rakan-rakan media yang terlibat.

Selain itu, CSR yang bertemakan alam sekitar ini juga menyemarakkan lagi kempen
Rimba Kita, iaitu inisiatif yang dijalankan oleh Astro sejak tahun lalu dalam memupuk
tanggungjawab bersama-sama menjaga, merawat dan melestarikan alam sekitar kepada orang
ramai.

Selain melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik semasa jungle trekking, Astro turut mengambil
peluang untuk memberi sumbangan kepada Taman Tugu Malaysia dalam membantu
memastikan Taman Tugu sentiasa diselenggara dengan baik dan kemudahan dapat digunakan
oleh orang awam.

Tahun 2023 menyaksikan Astro muncul sebagai rakan penyiar rasmi Liga Malaysia selepas selepas
tahun tidak menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia.

Meskipun pada awalnya kehadiran Astro membawa pelbagai persepsi peminat, namun Astro
membuktikan kemunculan semula dalam arena bola sepak tempatan telah membawa
kemeriahan dan telah menaikkan prestij bola sepak tempatan di kaca mata peminat.

Astro berbangga dengan pencapaian musim lalu apabila mencatat hampir 9 juta tontonan
peminat yang menyaksikan siaran langsung Liga Malaysia yang penuh komprehensif termasuk
kualiti siaran yang lebih baik dalam definisi tinggi (HD). Di platfom digital menerusi Astro GO
pula jumlah tontonan adalah sebanyak 106 juta minit jumlah tontonan sementara jumlah
rating tontonan di aplikasi penstriman Sooka pula dengan 96 juta minit ditonton.

Perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu yang membabitkan pasukan JDT menentang
Terengganu FC pula antara perlawanan yang berjaya mencatat rating tertinggi perlawanan Liga
Malaysia sekaligus mengatasi rating aksi perlawanan antarabangsa yang membabitkan
pasukan Harimau Malaya dengan mencatat 2.6 juta tontonan.

Selain itu, Astro telah meletakkan satu penanda aras dalam kualiti penyiaran sukan tempatan
apabila melakar kejayaaan besar dengan buat julung kalinya membawakan siaran langsung
aksi sukan tempatan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia dalam paparan Definisi Ultra
Tinggi 4K (4K UHD) termasuk kualiti audio terbaik dari Dolby Atmos.

Kehadiran pakar-pakar, yang juga legenda bola sepak seperti Safee Sali, Zainal Abidin Hassan,
Azman Adnan, Razman Roslan, Matyo turut menyerikan lagi arena bola sepak tempatan
dengan ulasan-ulasan taktikal yang lebih sensasi dan padat dengan info.

Astro turut akan menambah lagi bilangan tetamu-tetamu pakar pada musim ini dengan
menjemput lebih ramai lagenda-lagenda bola sepak negara untuk menghangatkan lagi
kemeriahan serta menambah variasi persembahan di studio Astro Arena nanti.

Astro akan terus memperkukuhkan dan meningkatkan lagi kandungan yang lebih segar dan
kualiti produksi terbaik untuk peminat-peminat bola sepak tempatan sekaligus membantu
meninggikan nilai komersial Liga Malaysia. Nantikan perkembangan mengenai liputan Liga Malaysia musim baru pada Mei nanti mengenai siaran langsung perlawanan, on-demand serta kandungan program-program yang lain.

Sementara itu, Astro Arena akan turut menyiarkan Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026
membabitkan skuad Harimau Malaya menentang Oman pada 22 Mac dan perlawanan timbal
balik pula pada 26 Mac serta menentang Kyrgyzstan pada 6 jun nanti.

Nikmati kandungan sukan terbesar dengan Astro Baharu melalui Pek Sukan dengan hanya RM99.99/bulan* melalui www.astro.com.my. Untuk pengalaman hiburan semua-dalam-satu, pelanggan Astro juga boleh menambah Astro Fibre pada langganan yang kini menawarkan 500Mbps untuk hanya RM90/bulan** (RRP: RM189) selama 24 bulan. Untuk langganan sifar kontrak, pelanggan boleh mempertimbangkan Pek All Sports + Entertainment sooka untuk hanya RM32.90*/sebulan melalui www.sooka.my.