Muzaffar Musa
Sat May 16 2020
Pro League Belgium memilih untuk menamatkan musim ini dan Club Brugge dinobatkan sebagai juara.
Perhimpunan umum dilangsungkan secara maya semalam dan kelab-kelab terlibat mempersetujui keputusan daripada penganjur untuk menamatkan musim 2019-20, yang telah ditangguhkan sejak Mac lalu disebabkan pandemik Covid-19.
Kesemua 16 pasukan dalam liga divisyen utama itu telah beraksi dalam 29 perlawanan sebelum ia dihentikan dengan Brugge berada di tangga teratas dengan kelebihan 15 mata di depan Gent.
Liga musim ini kini diumumkan tamat dan tiada perlawanan payoff untuk menentukan kedudukan akhir.
Ia merupakan gelaran ketiga Brugge dalam lima musim terakhir dan akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Gent akan menyertai pusingan ketiga kelayakan ke pertandingan elit kelab Eropah itu selepas memiliki kelebihan satu mata di depan pasukan di tempat ketiga, Sporting Charleroi, ketika liga itu ditunda.
Walaupun saingan liga sudah ditamatkan, perhimpunan umum itu turut memutuskan untuk "cuba meneruskan" final Piala Belgium,"pada hujung minggu terakhir yang disahkan oleh UEFA dan sebelum permulaan Pro League musim 2020-21".
Antwerp, yang berada di tangga keempat liga, akan layak secara automatik ke Liga Europa musim depan sekinya menewaskan Brugge dalam final berkenaan.
Sekiranya Brugge mencatatkan kemenangan dalam final atau perlawanan itu tidak dapat diadakan, Antwerp sebaliknya harus melalui pusingan kelayakan Liga Europa bersama pasukan di tangga kelima, Standard Liege, manakala Charleroi akan terus ke peringkat kumpulan.
Waasland-Beveren pula tersingkir ke liga divisyen dua selepas ketinggalan dua mata di belakang KV Oostende.
UCL: Ramos pacu kemenangan Benfica, mara ke suku akhir
Benfica mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila dua gol Goncalo Ramos membantu memastikan kemenangan 5-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua ke atas Club Brugge.
UCL: Joao Mario, Neres pastikan bekalan selesa buat Benfica
Benfica selangkah untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas jaringan Joao Mario dan David Neres dalam babak kedua memastikan mereka menewaskan Club Brugge 2-0 dalam aksi pertama pusingan 16 awal pagi tadi.
Atletico pamer salah satu persembahan terbaik ketika bertemu Brugge -- Simeone
Diego Simeone menegaskan Atletico Madrid telah mempamerkan salah satu persembahan terbaik musim ini dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang berkesudahan seri tanpa jaringan bertemu Club Brugge.
West Ham pancing Lucas Paqueta, Hans Vanaken ke London
Pengurus West Ham, David Moyes, mengesahkan kelab itu telah membuat bidaan ke atas pemain tengah Lyon, Lucas Paqueta, dan tonggak Club Brugge, Hans Vanaken, sambil menambah mereka akan menjadi ketawa andai calon pemain yang diburu diketahui.
Hoefkens harap Noa, De Ketelaere kekal bersama Club Brugge
Ketua jurulatih Club Brugge, Carl Hoefkens, berharap Milan menyasarkan Noa Lang dan Charles De Ketelaere akan kekal bersama juara Belgium itu, tetapi mengakui perpindahan untuk kedua-duanya akan diatur 'pada masa yang sesuai'.
Sterling akhiri kemarau jaringan, City ke puncak Kumpulan A
Raheem Sterling menamatkan kemarau jaringan selepas Manchester City menghampiri peluang ke peringkat berikutnya dalam saingan Liga Juara-Juara dengan merakamkan kemenangan 4-1 ke atas Club Brugge.
Messi dapat segera sesuaikan diri di PSG, sedang cari prestasi terbaik -- Pochettino
Mauricio Pochettino mengakui hilang kata-kata untuk menggambarkan Lionel Messi tetapi memaklumkan bahawa pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or itu dapat segera menyesuaikan diri di Paris Saint-Germain (PSG) menjelang penampilan pertamanya bersama pasukan itu dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Covid-19: Pro League Belgium ditamatkan, Brugge dinobat juara
Pro League Belgium memilih untuk menamatkan musim ini dan Club Brugge dinobatkan sebagai juara.
Fernandes, Ighalo garang bantu benam Club Brugge
MANCHESTER UNITED 5 CLUB BRUGGE 0 Odion Ighalo beremosi selepas berjaya memenuhi impian seumur hidupnya sebagai peminat Manchester United dengan meledak gol dalam penampilan sulungnya bersama skuad utama biarpun dilanda kesedihan.
Solskjaer salahkan bola, padang, cuaca
Ole Gunnar Solskjaer mencadangkan keadaan cuaca, padang tidak rata dan bola Liga Europa (UEL) adalah punca Manchester United terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 dengan Club Brugge.
Under-pressure Xavi says he still has Barcelona's trust
After announcing his resignation, Xavi made a U-turn in April to stay at Barcelona, though his future is once again under the spotlight.
Houston Dynamo FC v FC Dallas: Estevez hopes to take advantage of 'great opportunity'
Nico Estevez wants FC Dallas to address their struggles on the road when they travel to Houston Dynamo this weekend.
Thailand Open: Zii Jia reaches second final in three years
Lee Zia stormed into the Thailand Open men's singles final after turning in an explosive come-from-behind performance to beat Chou Tien-chen 18-21, 21-12, 21-13 in the Bangkok semis on Saturday.
Newcastle 'determined to finish on a high' at Brentford, Howe insists
Eddie Howe says Newcastle United must be ready to capitalise at Brentford should other teams slip up in the race for a top-six finish.
Klopp reflects on 'special' Liverpool stint as tenure draws to a close
Jurgen Klopp's glorious tenure at Liverpool will draw to a close with a home game against Wolves on Sunday.
Chicago Fire FC v Columbus Crew: Klopas says poor run is 'extremely difficult' to take
Chicago v Columbus preview
New Phoenix boss Budenholzer would coach Suns 'if it was on the moon'
Two-time NBA Coach of the Year Mike Budenholzer returned to management at the Phoenix Suns last week after taking the 2023-24 season out.
Minnesota United FC v Portland Timbers: 'Proud' Neville hoping to build momentum
Portland Timbers ended a nine-match winless streak with victory over San Jose Earthquakes, and Phil Neville urged his players to kick on.
PGA Championship: Woods determined to 'keep fighting' after missing cut at Valhalla
Tiger Woods missed the cut at the PGA Championship, and knows he needs to significantly improve ahead of next month's US Open at Pinehurst.
Man City star Foden scoops Premier League Player of the Year award
With 17 goals and eight assists in the league, Phil Foden has starred for Manchester City this season.