Shaiful Shamsudin
Tue Apr 23 2024
Kelibat Cole Palmer untuk kunjungan Chelsea ke Arsenal awal pagi esok diragui sambil Mauricio Pochettino mengesahkan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkemungkinan terlepas perlawanan di Stadium Emirates kerana masalah kesihatan.
Pemain berusia 21 tahun itu tidak turun berlatih semalam selepas kekalahan separuh akhir Piala FA kepada Manchester City, kelmarin, yang menyaksikan mereka perlu menamatkan kempen ini dalam kelompok tujuh terbaik sekiranya mereka ingin meraih tiket ke pertandingan Eropah pada musim depan.
Pemain antarabangsa England itu merupakan pemain yang menyerlah sepanjang musim bergelora buat Chelsea dengan menghasilkan tujuh gol dalam dua perlawanan terakhir di tempat sendiri, dan secara tidak langsung setaraf penyerang City, Erling Haaland.
Dia sering menjadi faktor penentu apabila mereka bermain dengan baik dengan menambah sengat di jentera serangan buat pasukan kendalian Pochettino itu.
Kemenangan ke atas anak buah Mikel Arteta itu akan meletakkan The Blues menyamai pungutan Newcastle yang menguasai kedudukan keenam, jadi ia mungkin cukup untuk menjamin tiket ke Liga Europa.
Bagaimanapun, mereka berdepan tugas sukar apabila bakal berdepan Arsenal yang mencatatkan 11 kemenangan liga dalam 13 perlawanan terakhir.
Lantas, khidmat Palmer amat ditagih sementara bek sayap, Ben Chilwell dan Malo Gusto juga dalam keraguan.
“Kami perlu menilainya pagi esok,” kata Pochettino mengenai peluang Palmer.
“Hari ini, tidak, saya tidak percaya dia boleh terlibat. Walaupun dia akan pulih esok, dia mungkin tidak berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan.
“Dengannya mahupun tanpa dia, kami percaya kami masih mampu menang.
"Perkara yang paling penting ialah kolektif. Sudah tentu dia adalah bahagian penting dalam pasukan. Dia melakukan yang hebat untuk kami. Tetapi kami mempunyai ramai pemain yang boleh beraksi dan melakukan tugas sepertinya.”
Pochettino muak kerap dikaitkan dipecat Chelsea
Mauricio Pochettino mengecam spekulasi berterusan mengenai masa depannya di Chelsea dengan menyifatkannya sebagai khabar angin bodoh.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Jurgen Klopp berkata perbalahannya dengan Mohamed Salah telah diselesaikan sambil berasakan penyerang Liverpool itu tidak akan melancarkan desakan untuk mengikuti jejaknya menuju pintu keluar di penghujung musim ini.
Memori indah benam Bournemouth jadi sandaran Arsenal, kata Arteta
Mikel Arteta mempunyai kenangan indah ketika kali terakhir Arsenal bertemu Bournemouth di Stadium Emirates dan percaya semangat yang tidak mudah luntur ditampilkan anak buahnya boleh menjadi kunci dalam perebutan kejuaraan musim ini.
Kejayaan lalu bukan ukuran Manchester City -- Guardiola
Pep Guardiola menuntut pemain Manchester City agar tidak terbuai dengan kejayaan masa lalu mereka dan sekali lagi perlu membuktikan kejagoan mereka bahawa mereka dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, bermula menentang Wolves, tengah malam ini.
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.
EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Legenda Liverpool, Graema Souness, berasakan Mohamed Salah telah membuat perjanjian rahsia bersama pengurusnya Jurgen Klopp dan Liverpool pada musim lalu untuk kekal di Anfield selama setahun lagi sebelum berpindah pada penghujung musim ini.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
Bruno Fernandes membayangkan dia mungkin meninggalkan Manchester United pada penghujung musim tetapi menegaskan dia tidak akan mempertimbangkan destinasi barunya sehingga selepas saingan Kejohanan Eropah (EURO), pada Jun nanti.
EPL: Adebayor tidak minat Havertz, anggap Arsenal berisiko tercicir mata
Bekas penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor, menyatakan bahawa dia bukan peminat besar kepada Kai Havertz kerana berasakan pemain itu tidak mempunyai kualiti fizikal yang bagus sebagai pemain penyerang dalam skuad The Gunners.
EPL: Kecederaan Ederson merisaukan Man City
Jurulatih pasukan Manchester City, Pep Guardiola, mengakui bahawa kecederaan yang dialami oleh penjaga gol utama, Ederson Santana, berada dalam tahap yang merisaukan.
EPL: Thiago Silva sah angkat kaki dari Chelsea
Menerusi kemas kini laman Instagram pertahanan Chelsea itu, Thiago Silva, mengesahkan yang dia akan meninggalkan Chelsea pada penghujung musim apabila kontraknya tamat.
Verstappen shocked to be on pole for Miami sprint
Verstappen stunned with sprint pole
Luton boss Edwards urges Hatters to keep the faith in Premier League relegation scrap
Edwards: We've got to keep going
Spurs 'need change', says Postecoglou
Postecoglou: 'We need change'
Terzic will rotate with Champions League qualification secured
Terzic happy to rotate BVB options
NBA: Mavs eliminate Clippers, Magic overcome Mitchell's 50 to force Game 7
The Mavericks beat the Clippers to advance to the Western semifinals and the Magic topped the Cavaliers to keep their season alive
Nashville SC v CF Montreal: Smith knows strugglers must make home comforts count
Preview: Nashville v Montreal
Houston Dynamo v St. Louis City: Carnell eager to get going after extended break
St. Louis City travel to Texas to face the Houston Dynamo on Saturday.
Chicago Fire v New England Revolution: Acosta says composure key for misfiring hosts
Preview: Chicago Fire v New England
Vancouver Whitecaps v Austin FC: Sartini hails 'special' White ahead of enticing BC Place meeting
Sartini hails White ahead of Austin
Real Salt Lake v Sporting Kansas City: Mastroeni lauds team effort of Western Conference leaders
Mastroeni lauds Salt Lake