Lionel Messi belum terlintas untuk bersara biarpun legenda Argentina itu sekali lagi enggan menyatakan komitmennya beraksi dalam Piala Dunia 2026.
Sehari sebelum meraikan ulang tahun ke-20 penampilan sulungnya bersama Barcelona, Messi mencatat lima penglibatan gol (tiga jaringan, dua bantuan gol) ketika Argentina mengatasi Bolivia 6-0, tiga hari lalu.
Messi menikmati musim yang hebat dengan memenangi Trofi Perisai Penyokong MLS di samping Inter Miami selain menyumbangkan 17 gol liga dan mencipta 10 bantuan jaringan walaupun hanya memulakan 15 perlawanan.
Sungguhpun prestasi penyerang itu tidak menunjukkan tanda-tanda kemerosotan sejak menyertai skuad The Herons tahun lalu, keputusannya untuk membelakangi kancah Eropah mendorong ramai pihak mengandaikannya sudah berada di penghujung karier.
Dia masih belum memuktamadkan masa depan jangka panjangnya dan hanya berhajat untuk fokus menikmati permainannya.
Bercakap pada malam Anugerah Marca America di Miami, Messi berkata: "Kehadiran saya di Inter Miami bukan bermakna saya akan bersara dalam masa terdekat, saya masih mempunyai banyak tahun lagi untuk beraksi.
"Buat masa ini, kita akan lihat. Saya tidak suka mempercepatkan masa atau melihat ke hadapan. Saya cuba menikmati setiap hari. Saya harap saya boleh terus beraksi di peringkat ini untuk berasa baik dan gembira.
"Apabila saya dapat melakukan apa yang saya suka, saya berasa gembira. Saya menghargai perkara ini lebih daripada pencapaian 2026. Saya tidak meletakkan matlamat untuk beraksi dalam Piala Dunia, demi untuk hidup setiap hari dan sihat.
"Saya masih kemaruk untuk meraih gelaran walaupun sudah agak tua dan keluarga saya masih berkembang.
"Apabila saya berasakan sokongan mereka, saya tidak akan dapat dihalang lagi."
Shaiful Shamsudin
Fri Oct 18 2024
Messi bakal kembali ke Barcelona?
Lionel Messi berkemungkinan membuat kepulangan penuh sensansi kembali ke pangkuan Barcelona tahun ini, dengan perancangan kontrak bersama Inter Miami berpotensi dicetus dengan mengaktifkan klausa perpindahannya.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang membarisi FIFPRO World 11 dengan Lionel Messi dikecualikan buat kali pertama sejak 2006.
MLS: Lionel Messi sambar Anugerah MVP selepas setahun penuh gemilang bersama Inter Miami
Lionel Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.
Messi akan terus bersama Inter Miami -- Jorge Mas
Inter Miami menjangkakan sepenuhnya Lionel Messi akan kekal di kelab itu selepas kontrak semasanya menjelang musim MLS 2026.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Tidak puas hati, kapten Peru berang pengadil 'tolong' Messi
Peru meluahkan hasrat tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang seakan berat sebelah ketika tewas kepada Argentina 0-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, semalam.
Cristiano Ronaldo beri bayangan bakal gegar internet bersama Mrbeast atau Lionel Messi di Youtube
Pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo, memberi bayangan bahawa dia akan menjemput tetamu undangan terkemuka yang bakal menggegar internet sehingga tiada siapa mampu menyanyanginya.
Messi tidak puas hati pengadil 'takut' buat keputusan
Apa yang menjadi permulaan yang cukup ideal buat Lionel Messi dan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Duia 2026 bertukar kepada perlawanan yang perlu dilupakan.
"Saya sudah berdepan Messi, saya tidak perlu takut kepada Jepun" -- Penjaga gol Indonesia
Penjaga gol utama skuad Indonesia, Maarten Paes, berkata dia tidak terkesan dengan kemampuan Jepun menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 esok, mendedahkan pengalaman berdepan pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi sebagai bukti.
Lionel Messi tertunduk lesu ke bilik persalinan
Bintang sensasi bola sepak antarabangsa, Lionel Messi, jelas kecewa dan suram ketika berjalan menuju ke bilik persalinan selepas ditewaskan Atlanta United 2-3, pagi tadi, sekali gus Inter Miami tersingkir awal dalam saingan MLS Cup Playoffs.
Belum tentu pertahan Piala Dunia, Lionel Messi akui masih kemaruk trofi
Lionel Messi belum terlintas untuk bersara biarpun legenda Argentina itu sekali lagi enggan menyatakan komitmennya beraksi dalam Piala Dunia 2026.
Masood defends spin-friendly pitch after Pakistan wrap up shortest home win
Masood defends Pakistan conditions
Nottingham Forest 3-2 Southampton: Hosts dig deep to move level with Arsenal
Report: Forest 3-2 Southampton
Manchester United 1-3 Brighton: Mitoma and Minteh star in away win
Report: Man Utd 1-3 Brighton
Everton 3-2 Tottenham: Calvert-Lewin ends drought as Moyes oversees first win of second spell
Report: Everton 3-2 Tottenham
Smith a doubt for Sri Lanka series with elbow injury
Smith is a doubt for Sri Lanka
Barcelona dealt blow as Olmo sidelined with calf injury
Olmo out with calf injury
Leverkusen's Terrier out for the season after rupturing Achilles
Terrier suffers Achilles injury
Leeds 3-0 Sheffield Wednesday: Farke's side return to Championship summit after Yorkshire derby win
Report: Leeds 3-0 Sheff Weds
Australian Open: Djokovic expects 'big battle' against Nadal-like Alcaraz
Alcaraz reminds Djokovic of Nadal
Guardiola would not 'forgive himself' if he left struggling Man City
Pep wouldn't 'forgive' leaving City