Gareth Bale sah menandatangani kontrak dengan Los Angeles FC, sekali gus menjadi penanda aras baru dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).

Laporan awal pagi tadi mengesahkan bahawa Bale, yang sebelum ini dikaitkan untuk menyertai kelab di negara kelahirannya, Cardiff City, telah bersetuju untuk berpindah ke California.

MLSsoccer.com, yang merupakan laman web rasmi MSL, melaporkan pemain sayap serba boleh itu akan menyertai LAFC dengan kontrak selama setahun menggunakan dana sedia ada pasukan itu.

Kesepakatan itu juga telah disahkan Bale, di mana pemain berusia 32 tahun itu mengirimkan satu kiriman video melalui akaun Twitter rasminya.

Klip video itu dikirimkan dengan kapsyen "jumpa anda tidak lama lagi, Los Angeles" dan menunjukkan Bale, yang sedang berdiri di lapangan golf, memakai jersi LAFC dan topi besbol.

Bale mencari pasukan baru selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat sebaik dia membantu Wales layak ke Piala Dunia Qatar 2022.

wales juga akan bertemu Amerika Syarikat dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar bermula November depan.

Sebelum Bale, LAFC turut menandatangani legenda Juventus, Girogio Chiellini, menjelang jendela perpindahan MLS bulan depan.