Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah mengeluarkan jadual bagi baki saingan Liga Super Malaysia bermula perlawanan minggu keenam Disember ini.


Begitupun, pada 8 Disember ini, dua aksi besar bakal bertembung dalam hari yang sama apabila menyaksikan saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 di antara skuad Harimau Malaya menentang Kemboja serta Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Kuala Lumpur City.




Dalam masa sama, kehangatan Piala Malaysia 2024 juga akan berlangsung hujung bulan ini dengan aksi timbal balik pusingan ke-16 buat kesemua pasukan yang menyertai merebut kejuaraan berprestij itu.