Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan senarai pemain yang terpilih mewakili negara dalam kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu bagi Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF di China dari 30 September hingga 13 Oktober ini.
Pemain remaja nombor 1 dan 2 dunia, Aaron Tai dan Kang Khai Xing, akan mengetuai kategori beregu lelaki bersama juara SUKMA 2024, Faiq Haziq Masawi-Lok Hong Quan.
Penyandang juara beregu wanita SUKMA, Dania Sofea Zaidi dan Low Zi Yu, akan menerajui cabaran dalam kategori beregu perempuan.
Bagi acara perseorangan, BAM telah memilih Sng Wei Ming dan Kong Zhou Swin, manakala Tan Zhi Yang dan Loh Zi Heng akan menyertai beregu lelaki yang lain. Semua pemain lelaki berkenaan berumur 18 tahun kecuali Fu Sheng, Zhi Yang dan Zi Heng, yang berumur 17 tahun.
Dalam kategori perseorangan perempuan, Siti Zulaikha Azmi belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan Achilles, Eng Ler Qi yang berusia 17 tahun telah dipilih untuk menyertai Ong Xin Yee bersama Oo Shan Zi dan Lim Zhi Shin.
Beberapa beregu juga telah disenaraikan, termasuk juara B-18 kebangsaan, Xin Yee-Carmen Ting, dan Aqilah Maisarah Ramdan-Nicole Chau.
Paling mencuri tumpuan ialah pemain beregu termuda, iaitu Zi Yu, yang baru berusia 14 tahun.
Dania Sofea juga telah terpilih untuk bersaing dalam acara beregu campuran, di mana dia akan bergandingan dengan Datu Anif Datu Asrah. Pasangan beregu campuran lain ialah Tan Zhi Yang-Aqilah Maisarah Ramdan, Loh Zi Heng-Clarissa San, dan Wee Yee Tern-Nicole Tan.
Pemangku Presiden dan Pengerusi Pasukan Petugas Muda BAM, Datuk V. Subramaniam, berkata pemain yang terpilih untuk Kejohanan Remaja Dunia kali ini merupakan yang terbaik dalam kategori masing-masing.
"Pasukan Task Force Remaja BAM telah memantau rapi pemain-pemain ini sejak beberapa bulan lalu, sama ada dalam latihan mahupun semasa pertandingan.
"Kami membincangkan pemilihan secara terperinci dengan pasukan kejurulatihan skuad remaja, yang diketuai Jeffer Rosobin, dan menetapkan senarai akhir ini untuk mewakili negara kita.
"Kami juga telah menyenaraikan pemain muda seperti Zi Yu untuk memberikannya pengalaman berharga di peringkat tertinggi,” kata Subramaniam.
Untuk rekod, pasukan remaja negara memperoleh tiga pingat gangsa dalam edisi 2023 di Spokane, Washington, dalam acara berpasukan campuran, beregu lelaki (Aaron Tai-Bryan Goonting), dan beregu campuran (Low Han Chen-Chong Jie Yu).
Muzaffar Musa
Wed Sep 18 2024
Astro Kem Badminton: Peserta manfaat peluang timba pelbagai ilmu
Banyak manfaat yang mampu dikutip oleh semua peserta Astro Kem Badminton 2024 yang diadakan bagi mengasah bakat sedari awal usia.
Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun kejutkan juara dunia
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghitung pertemuan dengan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, selepas menundukkan juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, dari Korea Selatan dalam pusingan kedua Terbuka China 2024 di Gimnasium Xincheng, China, sebentar tadi.
Terbuka China: Cabaran Pearly Tan-M.Thinaah berakhir, Man-Tee mara ke suku akhir
Perjalanan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, dalam saingan pusingan 16 Terbuka China disekat wakil tuan rumah apabila tewas dalam aksi straight set 16-21,18-21 di Changzhou, sebentar tadi.
Terbuka China: Cabaran tiga beregu campuran negara terhenti di pusingan kedua
Cabaran beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terhenti selepas tewas kepada wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja, dalam aksi rubber set pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.
Info Siaran Terbuka China: Strim menerusi Stadium Astro!
Saksikan Kejohanan Badminton Terbuka China 2024 yang menampilkan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bertemu wakil Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja.
Astro Kem Badminton: Peserta pamer peningkatan positif pada hari ketiga
Barisan peserta Astro Kem Badminton (ABK) menunjukkan perkembangan positif pada hari ketiga, terutama daripada segi disiplin dan dedikasi, yang dipupuk untuk mereka melangkah lebih jauh seiring dengan usia mereka.
Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei tiada masalah ke pusingan kedua
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou sebentar tadi.
Badminton Remaja Dunia: BAM umum senarai pemain
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan senarai pemain yang terpilih mewakili negara dalam kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu bagi Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF di China dari 30 September hingga 13 Oktober ini.
Info Siaran Terbuka China: Strim menerusi Stadium Astro!
Saksikan Kejohanan Badminton Terbuka China 2024 yang menampilkan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bertemu wakil India, S. K. Karunakaran-V. Aadya.
Terbuka China: Warga maya pelik keputusan set kedua Lee Zii Jia
Lee Zii Jia meninggalkan peminat badminton Malaysia dalam keadaan terpinga-pinga berhubung prestasi yang ditonjolkannya dalam Terbuka China BWF, tengah hari tadi.
Singapore Grand Prix: Confident Piastri ready to help Norris fight for championship
Singapore Grand Prix: Race preview
Latham and Williamson lead charge as New Zealand close gap on Sri Lanka
New Zealand close gap on Sri Lanka
Ashwin century leads India revival after difficult start against Bangladesh
Ashwin century leads India revival
Taylor: Man City know 'exactly what we have to do' to win WSL title
Taylor urges Man City to 'kick on'
Raducanu roars through to Korea Open quarter-finals
Raducanu reaches Seoul last eight
Stokes to have scan on hamstring injury before Pakistan tour
Stokes to have scan before Pakistan
Martin hopes to take fighting spirit to Ipswich after Cup victory
Preview: Southampton v Ipswich
O'Neil looking to flip the script against Villa after tough start to season
Preview: Aston Villa v Wolves
Michel proud Girona's Champions League bow despite late defeat
Michel proud of Girona's UCL debut
'Worse than giving birth' - Luis Enrique notes tough nature of PSG win
Enrique found PSG's win hard