Nasib berbeza buat perseorangan lelaki profesional negara, Cheam June Wei, yang terpaksa akur perjalanannya dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 terhenti selepas tunduk kepada pemain Taiwan, Huang Yu Kai, dalam pertemuan tiga set di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Meskipun kecewa, June Wei percaya dia akan bangkit dalam kejohanan seterusnya, Kejohanan Indonesia Masters Super 100 II yang berlangsung dari 29 Oktober hingga 3 November depan.

"Saya agak kecewa atas persembahan hari ini, saya kurang fokus dalam baki dua set.

"Saya kekurangan persiapan dan rentak saya tidak begitu bagus.

"Pihak lawan beraksi lebih baik terutama dalam set kedua dan ketiga. Dia tampak lebih yakin dan tekal.

"Saya mempunyai tiga lagi kejohanan untuk diharungi dan berharap mampu ke final dalam penyertaan salah satu daripadanya," kata perseorangan lelaki ke-58 dunia itu.