Penyerang Qatar, Akram Afif, dinobatkan pemenang Anugerah Pemain Terbaik 2023 dalam Majlis Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Seoul, Korea Selatan malam tadi.

Selain itu, bintang Jepun, Kiko Seike, pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wanita dalam anugerah berkenaan.

Kedua-dua pemain itu membawa pulang hadiah utama anugerah edisi ke-28 berkenaan bersama 19 pemenang anugerah lain.

Afif memncuri tumpuan dalam saingan Piala Asia Qatar 2023, di mana dia menjaringkan lapan gol tgermasuk hatrik dalam final membantu Qatar mengekalkan kejuaraan dengan menewaskan Jordan 3-1.

Dia menjadi pemain Qatar pertama memenangi anugerah itu sebanyak dua kali selepas memperolehnya pada 2019.

Pemain berusia 28 tahun itu juga memainkan peranan penting memacu Al Sadd memenangi kejuaraan domestik berganda dengan mendaftarkan 26 gol, 11 bantuan jaringan dalam 22 perlawanan liga musim lalu.

Dalam pada itu, Anugerah Pemain Antarabangsa Asia Terbaik dimenangi bintang Korea Selatan, Son Heung-min.