Atlet angkat berat negara, Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad, mengakui idolanya, Amirul Hamizan Ibrahim, banyak membantunya sehingga melakar kejayaan bersejarah di Gold Coast.
Sementara itu, Amirul Hamizan pula tidak berkecil hati rekod Sukan Komanwel miliknya lebur di tangan Azroy, malah berbangga kerana penantian 16 tahun itu berakhir di depan matanya, hari ini.
Azroy menyumbang emas pertama negara di Australia dengan penuh bergaya.
Dia menjulang angkatan 261kg untuk mengatasi rekod milik Amirul, 260kg, yang dilakukannya pada edisi 2002 di Manchester.
Selain memperbaharui rekod temasya, dia turut mencipta rekod baru dalam acara snatch dengan 117kg, memadamkan rekod lama berusia lapan tahun juga milik Amirul, 116kg, yand dilakar di New Delhi pada 2010.
"Bagi saya, ia satu tuah kerana baju yang diberi Amirul itu pernah dilihat tergantung di kedai ibunya. Saya pernah memberitahunya untuk menggunakan baju tersebut jika diberi peluang beraksi dalam Sukan Komanwel. Dia benarkan dengan syarat cipta rekod baru.
"Saya meneruskan latihan dan mahu memperbaharui rekod kebangsaan. Kini, ia sudah terbukti," kata Azroy.
"Saya mengharapkan jasa baik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, agar memasukkan semula sukan angkat berat dalam kategori sukan teras. Banyak lagi bakat baru yang mungkin perlu diberi peluang kerana saya sudah membuktikannya."
Malah, Amirul turut memuji semangat juang tinggi Azroy untuk beraksi biarpun terpaksa menahan kesakitan akibat kecederaan lutut kanan seminggu sebelum ke Gold Coast.
"Secara peribadi saya berbangga kerana ini yang saya inginkan sejak dulu. Sudah terlalu lama sebenarnya rekod ini, iaitu pada 2002.
"Azroy ada meminta untuk memecahkan rekod clean and jerk 146kg tetapi ia terlalu tinggi, jadi lebih baik dia memecahkan rekod keseluruhan," tambah Amirul.
Sehubungan itu, chef-de-mission (CDM) Malaysia, Huang Ying How, percaya kejayaan Azroy meraih emas pertama negara dalam Sukan Komanwel mampu menjadi rangsangan terbaik kepada atlet lain untuk menjelmakan kilauan emas seterusnya dalam temasua kali ini.
"Ini akan memberikan lebih galakan buat atlet-atlet kita untuk berjaya dan hari ini masih ada atlet yang beraksi. Ia bagus untuk Malaysia," kata Ying How.
Menariknya, kejayaan Azroy hari ini membolehkan skuad angkat berat kekal sebagai penyumbang emas pertama negara selepas Hafifi Mansor melakukannya di Glasgow pada 2014.
Selain angkat berat, sandaran emas kontinjen negara turut digalas beberapa sukan lain seperti terjun, berbasikal dan badminton.
"Pencapaian ini sesuatu yang baik untuk negara kita dan diharap kita dapat mengatasi kutipan di Glasgow 2014. Semua atlet akan cuba yang terbaik," kata jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei.
Penulis Jemputan
Thu Apr 05 2018
Angkat Berat: Erry tidak terdaya sumbang pingat
Dalam menawarkan senyuman bintang meningkat naik angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, tetap terkilan gagal mencabar pingat kategori 69kg dalam penampilan sulungnya dalam Sukan Komanwel di Pusat Sukan Carrara, hari ini.
Skuasy: Nafiizwan akui aksi kurang bermaya
Meskipun jelek dengan aksi sendiri, kemenangan tetap bermakna buat pemain skuasy lelaki utama negara, Mohd Nafiizwan Adnan, yang mengesahkan laluan ke pusingan ketiga Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Angkat berat: Aznil, Azroy 'kongsi' seragam Amirul Hamizan berusia 16 tahun
Skuad angkat berat negara terus cemerlang pada hari pertama sulung Sukan Komanwel Gold Coast apabila meraih pingat emas menerusi Muhammad Aznil Bidin, dalam kategori 63kg di Carrara Sports and Leisure Centre, sebentar tadi.
Skuasy: Nicol mudah lepasi rintangan sulung
Datuk Nicol David mengelak sebarang sensasi tidak diingini dalam Sukan Komanwel Gold Coast apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas dengan langkah kanan.
Angkat berat: Emas Azroy pemangkin semangat kontinjen negara
Atlet angkat berat negara, Azroy Hazalwafie, mengakui idolanya, Amirul Hamizan Ibrahim, banyak membantunya sehingga melakar kejayaan bersejarah di Gold Coast.
Berbasikal: Kesilapan teknikal buat Fatehah berputih mata
Malang menimpa pelumba trek negara, Fatehah Mustapa, apabila kasutnya tercabut menafikan peluang untuk layak ke perebutan pingat gangsa acara pecut berpasukan wanita dalam Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Renang: Welson kelu dengan prestasi
"Saya tidak tahu apa terjadi. Itu reaksi perenang negara, Welson Sim, sejurus tamat final acara 400 meter gaya bebas apabila catatan masa yang dilakukannya tersasar jauh daripada rekod kebangsaan miliknya.
Berbasikal: Keadaan trek sekat hajat baharui rekod
Sukar membiasakan diri di trek baru punca skuad kejar mengejar berbasikal trek lelaki negara gagal mencapai misi memperbaiki rekod kebangsaan dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Skuasy: Kekejangan otot paksa Eain Yow tarik diri
Selepas pertarungan yang berlanjutan selama 84 minit, perseorangan skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, terpaksa bertahan daripada menitiskan air mata apabila tewas tipis di tangan wakil tuan rumah, Rex Hendrick, dalam Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Badminton: Chong Wei bantu kemenangan mudah ke atas Ghana
Skuad badminton negara melaungkan amaran dalam pemburuan pingat emas acara berpasukan campuran apabila tetap menurunkan Datuk Lee Chong Wei ketika membenam Ghana 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan D Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Al-Akhdoud 2-3 Al-Nassr: Brozovic stunner delays Al-Hilal coronation
Al-Hilal were moments away from being crowned Saudi Pro League champions on Thursday, but they must now wait until their game on Saturday.
LA Galaxy v Real Salt Lake: Vanney encouraged ahead of top-of-the-table tussle
First faces third in the Western Conference on Saturday, as the LA Galaxy host Real Salt Lake.
Suns fire coach Frank Vogel after first-round sweep
Phoenix failed to live up to expectations despite having Kevin Durant, Devin Booker and Bradley Beal
Leverkusen reach Europa League final and stretch unbeaten run with late show
Bayer Leverkusen will face Atalanta in the Europa League final, with Xabi Alonso's men still on course to go unbeaten through 2023-24.
Montreal boss Courtois encouraged by progress, but still envies Messi and Miami
CF Montreal host Inter Miami on Saturday, having already beaten the Herons once this campaign.
Olympiacos 2-0 Aston Villa (6-2 agg): Villans fall in last four as El Kaabi strikes again
Olympiacos will play in the first major European final in the club's history as they cruised to a 6-2 aggregate triumph over Aston Villa.
Charlotte FC v Nashville: Smith looking to grow 'belief' following Montreal triumph
Nashville will look to build on their demolition of CF Montreal as they travel to Charlotte FC on Sunday.
Girona boss Michel targeting historic second-place finish in LaLiga
Girona are one point clear of Barcelona with four games remaining in LaLiga, with Champions League football already secured.
Resurgent Crystal Palace have faith in Glasner project, says Munoz
Crystal Palace approach Saturday's trip to Wolves as one of the Premier League's form teams, having thrashed Manchester United on Monday.
Atlanta United v D.C. United: Pineda hoping dominant US Open Cup win breeds confidence
Atlanta United host D.C. United this weekend looking to build on the momentum gained from their midweek cup victory.