Lee Chong Wei menggesa penyokong untuk bersabar dan memberikan lebih masa untuk Lee Zii Jia menyesuaikan diri dengan jurulatih baru, Wong Tat Meng.

Legenda badminton negara itu turut dapat melihat perubahan corak permainan Zii Jia ketika tewas kepada Angus Ng Ka Long dalam Terbuka Korea Selatan baru-baru ini.

"Saya dapat lihat Zii Jia bermain dengan cara berbeza berbanding sebelum ini, jadi mungkin dia memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri," kata Chong Wei kepada NST.

"Ia mungkin lebih baik untuk menilai semula prestasinya dalam enam bulan lagi.

"Benar dia sedang bergelut dengan keputusannya musim ini tetapi kita tidak boleh mengharapkan perubahan segera. Ia bukan seperti itu.

"Masih terlalu awal untuk menilainya, dia hanya berlatih di bawah Tat Meng lebih kurang dua minggu," katanya.

Zii Jia seterusnya akan bersaing dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun bermula esok.