Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) terus komited kongsi rezeki bersama 58 atlet dipilih menerima sumbangan dengan kerjasama Dewan Perniagaan Muslim Malaysia (DPMUM) sempena ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Program sumbangan YAKEB siri pertama pada ramadan ini membabitkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 berserta barangan keperluan asas bernilai RM300 setiap seorang.

Majlis penyerahan sumbangan ramadan itu menjadi bukti inisiatif YAKEB untuk terus membela kebajikan bekas atlet negara untuk meneruskan kehidupan seharian.

Menerusi perkongsian bersama Presiden YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, harapan utamanya untuk mempromosikan YAKEB kepada kelompok bekas atlet yang jauh lebih besar pada masa hadapan dengan kini dianggarkan seramai 3,029 orang mendaftar sebagai ahli.