Hasrat skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Vietnam untuk mengiringi Indonesia ke separuh akhir Piala Asia Qatar 2024 tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Iraq dalam perlawanan suku akhir di Stadium Al Janoub.
Jaringan penalti Ali Jasim Elaibi Al-Tameemi minit ke-64 sudah cukup mengakhiri momentum pasukan dari Asia Tenggara kendalian Hoang Anh Tuan tersebut yang menewaskan Malaysia, 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D pada 20 April lalu.
Bagaimanapun Iraq kendalian Radhi Shenaishil yang meningkat tekanan separuh masa kedua gagal memanfaatkan deretan peluang menjaringkan gol biarpun menguasai permainan.
Tekanan ditampilkan Iraq menyaksikan Vietnam terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Nguyen Manh Hưng dilayangkan kad merah pada minit ke-91.
Kedua-dua pasukan yang tampil dengan aksi intensiti tinggi menyaksikan lima kad kuning dan satu kad merah dilayangkan pengadil dalam perlawanan tersebut.
"Skuad B-23 Vietnam bermain dengan cantik dan baik, walaupun pasukan menerima penalti dan kad merah pada penghujung perlawanan, kami tetap tampil agresif sehingga saat akhir.
"Saya mahu pemain-pemain Vietnam meneruskan momentum ini dengan cara yang lebih baik pada masa depan kerana mereka menjadi lebih baik dan bertambah baik dengan setiap perlawanan.
"Sebelum berdepan Iraq, kami melihat bagaimana permainan Vietnam. Lawan Vietnam di suku akhir ialah Iraq, bukannya Malaysia atau Kuwait seperti peringkat kumpulan.
"Menghadapi lawan yang sebegitu kuat, kita juga dapat lihat bagaimana pasukan meningkat dari segi kepakaran, teknik, dan terutamanya semangat bersaing. Saya gembira tentang ini," kata Anh Tuan.
Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Uzbekistan kendalian Timur Kapadze mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasukan pilihan Arab Saudi di Stadium Antarabangsa Khalifa.
Penyerang Khusayin Norchaev terlebih dulu meletakkan Uzbekistan yang menewaskan Malaysia, 2-0 dalam perlawanan Kumpulan D pada 17 April lalu, memimpin separuh masa pertama hasil gol minit ke-47.
Separuh masa kedua, Arab Saudi kendalian Saad Al-Shehri meningkatkan tekanan bagi memburu gol penyamaan, terpaksa bermain 10 pemain selepas Ayman Yahya dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua minit ke-70.
Pemain gantian, Umarali Rakhmonaliev yang dimasukkan minit ke-79 memanfaatkan peluang apabila tidak perlu menunggu lama menghasilkan impak empat minit kemudian untuk gol kedua Uzbekistan seterusnya menamatkan cabaran Arab Saudi.
Pertarungan separuh akhir, Uzbekistan akan berdepan Indonesia di Stadium Abdullah bin Khalifa pada 29 April manakala Jepun menentang Iraq di Stadium Hassim Bin Hamad, 30 April.-Sinar
Stadium Astro
Fri Apr 26 2024
Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Info siaran langsung dan live streaming Malaysia lwn Korea Selatan
Skuad hoki negara akan melengkapkan saingan Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang Korea Selatan di Ipoh malam ini.
Piala Sultan Azlan Shah: Hafizuddin tekad mahu kekang Jepun
Kejayaan menumbangkan pasukan di ranking ke-10 dunia, New Zealand, tidak semudah yang disangka kerana ia bertunjangkan kecemerlangan dua tonggak senior, Marhan Jalil, serta Hafizuddin Othman.
Piala Sultan Azlan Shah: Bola hantaran tinggi formula rahsia Sarjit
Selepas tiga perlawanan membabitkan Malaysia dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), skuad negara berjaya mencetak 16 gol yang disumbangkan oleh lapan pemain berbeza.
Saya tidak boleh tinggalkan 'kapal' saya -- Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan 'kerusi panas' nombor satu badan induk itu.
Piala Sultan Azlan Shah: Muhajir kembali perkuat posisi penyerang
Pemain berpengalaman, Muhajir Abdul Rauf, kembali mengemudi jentera serangan selaku posisi asalnya ketika perlawanan menentang New Zealand, dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS), di Stadium Hoki, Ipoh.
PSSI turut prihatin insiden melanda Faisal Halim
Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) turut bersimpati terhadap insiden yang melanda pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim.
Faisal miliki jiwa kental, mampu bangkit -- Shahril
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, yakin Faisal Halim mampu bangkit selepas insiden disimbah asid yang berlaku terhadapnya.
Hamidin tidak rela kehilangan 'ayam tambatan' bola sepak negara
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak rela kehilangan 'ayam tambatan' bola sepak negara itu susulan kecederaan serius yang menimpa Faisal Halim.
Tragedi seperti ini tidak sepatutnya berlaku -- Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan kekesalannya terhadap insiden yang menimpa penyerang skuad kebangsaan itu.
Sukan Olimpik Paris: Persiapan pemanah negara berjalan lancar
Pemanah recurve negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, mengakui persiapannya menuju ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Pochettino hopeful James can play part for Chelsea after returning to training
Reece James has returned to training with Chelsea and could make his playing comeback against Nottingham Forest this weekend.
Jurgen Klopp defends 'unlucky' Darwin Nunez amid Liverpool exit talk
Liverpool forward Darwin Nunez has been linked with a move away from Anfield, but Jurgen Klopp is unaware of any such speculation.
Defending champion Rybakina withdraws from Italian Open due to illness
Elena Rybakina was unable to begin her Italian Open title defence on Friday, withdrawing due to illness.
Everton withdraw appeal against two-point Premier League deduction
Everton have lost eight points to two separate points deductions this season, but they will remain among England's elite for 2024-25.
Arsenal star Rice a worthy Player of the Season contender, believes Parlour
Parlour tips Rice for PL prize
Terzic calls on Dortmund to maintain focus ahead of Champions League final
Terzic: BVB must maintain intensity
Former US Open champion Thiem to retire from tennis this year
Thiem to retire at end of season
Doncic battles through 'hardest game' as Mavs level Thunder series
Doncic battles through hardest game
FC Dallas v Austin FC: Estevez frustrated by Texas derby scheduling
Preview: Dallas v Austin
Arsenal's season a positive step even if title eludes them, says Parlour
Parlour: Arsenal on upward curve