Shaiful Shamsudin
Tue May 23 2023

Bekas jurulatih kebangsaan, Wong Tat Meng, diumumkan sebagai pengarah kejurulatihan baru, Lee Zii Jia, sebentar tadi.
“Kami mengumumkan pelantikan Wong Tat Meng sebagai pengarah kejurulatihan baru untuk Pasukan LZJ. Dia membawa banyak pengalaman bersama pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan dan baru-baru ini, Hong Kong.
“Tugas terdekatnya adalah untuk menyesuaikan program yang akan membantu Zii Jia mencapai prestasi yang tekal, menaikkan ranking dunia dan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pasukan LZJ.
Pemain perseorangan lelaki nombor 10 dunia itu sebelum ini disebut-sebut akan mengupah jurulatih berpengalaman yang pernah membimbing seorang juara -- khusunya Tat Meng yang pernah membentuk pemain perseorangan wanita Korea Selatan, An Se-young, yang mendominasi kempen Siri Super sepanjang hampir empat tahun bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan.
Tugasan terakhir jurulatih berusia 55 tahun itu ialah bersama pasukan kebangsaan Hong Kong yang disandangnya sejak Jun lalu.
ZIi Jia sempat dijemput untuk berlatih bersama Tat Meng dan seluruh pemain Hong Kong termasuk Angus Ng Ka Long dan Lee Cheuk Yiu sebelum Kejohanan Asia bulan lalu.
Tat Meng pertama kali berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam dua tempoh: 2003-2011 dan 2013-2016.
Dia juga pernah berkhidmat di Indonesia dan Scotland, sebelum berkelana ke Korea Selatan dan Hong Kong.
Tat Meng mungkin tidak berada di negara ini untuk menyaksikan Zii Jia mengharungi Kejohanan Malaysia Masters BWF yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, sambil menunggu proses perpindahannya.

Tiada lagi wakil dalam separuh akhir Terbuka Thailand 2023
Pentas suku akhir Terbuka Thailand 2023 tidak membawa tuah buat perseorangan lelaki negara selepas Ng Tze Yong disingkirkan dalam perhitungan ketiga oleh wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu.

Rexy Mainaky tuntut kematangan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani
"Jadilah dewasa, bukan seperti anak kecil." Demikian kata-kata itu diungkapkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, apabila ditanya mengenai gandingan beregu lelaki yang kembali bertaut, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani.

Program RTG: Bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan -- Menteri KBS
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa bukan semua permintaan atlet akan dipertimbangkan dalam Program Road to Gold (RTG) sebagai persiapan menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Program RTG: Hamidin ada penyelesaian terbaik buat Lee Zii Jia
Biarpun berdepan prestasi tidak menentu sehingga rankingnya jatuh ke nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih menjadi sandaran buat negara untuk merealisasikan impian pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Masters Malaysia: Kegagalan jadi pengalaman berguna Wei Chong-Kai Wun sasar layak ke Paris 2024
Beregu lelaki memningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, akui kecewa terlepas peluang bergelar juara Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu lalu.

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan penuh bermaruah dengan kejayaan muncul sebagai naib juara dalam saingan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun bawa cabaran negara ke final
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali lagi mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan menumbangkan beregu dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Pearly Tan-M. Thinaah pamer aksi penuh dramatik mara ke final
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila melangkah ke pentas final susulan kejayaan menumbangkan pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Jordan White insists Ross County believe they can still stay in Premiership
County are 2-0 down to Partick Thistle heading into the return leg.

Erik ten Hag says ending City’s treble charge is no extra motivation for United
The rivals meet in the FA Cup final at Wembley on Saturday.

Kris Doolan pushed Partick Thistle promotion dream from day one – Kyle Turner
Doolan has taken the Maryhill side all the way to the play-off final since stepping up from his role as under-18s boss.

Man City players will give everything to win FA Cup final – Pep Guardiola
City are bidding to claim the second leg of the treble.

French Open day six: Norrie out as Djokovic, Alcaraz and Sabalenka march on
Third seed Jessica Pegula also lost.

First Lionel Messi, now Sergio Ramos – Veteran defender waves goodbye to PSG
The 37-year-old has won back-to-back Ligue 1 titles with PSG, scoring five goals in 57 appearances.

Rafael Nadal undergoes surgery in bid to overcome troublesome hip injury
The 22-time grand slam champion has been sidelined since January because of the injury.

Joao Moutinho and Diego Costa depart Wolves with Adama Traore in talks to stay
Moutinho and Costa will leave the club at the end of the month.

Cameron Norrie downbeat after French Open exit to Lorenzo Musetti
British interest in singles is over at Roland Garros after the British number one’s 6-1 6-2 6-4 defeat.

London Irish face winding-up petition over unpaid tax bill
The club are already facing the threat of suspension from the Gallagher Premiership.