Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,menyokong tindakan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengguna pakai pemansuhan manual syarat pemain naturalisasi berkuat kuasa sejak 2020.
Tegas Tunku Ismail, ia bagi menjaga kelangsungan pemain tempatan dalam liga sendiri selain keberadaan mereka dalam skuad negara.
Ia merujuk kepada permohonan Sri Pahang FC menukar status pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero yang ditolak MFL pada hari terakhir pendaftaran jendela kedua perpindahan pemain Jumaat lalu.
Jika ia tidak memberikan sebarang keuntungan tiada keperluan pemain import yang berada di penghujung karier diberikan hak kerakyatan sewenang-wenangnya.
Itu ditegaskan Tunku Ismail merujuk kepada tindakan MFL menolak permohonan Sri Pahang yang mahu menaturalisasikan Lee Tuck dan Aguero atas dasar cukup bermastautin selama lima tahun.
"Selepas lima tahun terus memberikan kerakyatan. Ia secara tidak langsung memberikan kesan kepada pemain tempatan dan FAM telah membuat perubahan," kata Tunku Ismail.
"Berbeza buat Corbin Ong atau Matthew Davies kerana mereka merupakan pemain warisan Malaysia."
Tambahnya lagi, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat kesilapan dengan memberikan kerakyatan kepada dua pemain import iaitu Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi yang dilihat gagal membantu skuad negara.
Untuk jangka masa pendek tidak banyak perubahan mampu dilakukan dua pemain itu namun secara berseloroh TMJ menjelaskan kenapa dua pemain itu berada bersama JDT ketika ini.
"Saya ambil khidmat mereka kerana tidak mahu pasukan memiliki ramai pemain import. Datang ke sini dan duduk diam-diam.
"Saya berasakan ia merupakan satu kesilapan daripada pihak FAM kerana memiliki kerakyatan kepada pemain ini untuk disertakan ke dalam perancangan jangka masa pendek. Jika FAM perlukan pemain yang berkualiti dan boleh memberikan sumbangan kepada negara, pemain tersebut haruslah lebih muda dan boleh diturunkan untuk jangka masa panjang."
Sementara itu, Tunku Ismail menegaskan, tiada istilah ambil mudah menjelang pertemuan dengan PJ City dalam aksi Liga Super, malam ini.
Pj City sering dianggap sebagai pasukan 'kacau daun', namun rekod terdahulu meletakkan PJ City sebagai pasukan yang perlu diawasi kemampuan sebenar mereka.
Tunku Ismail bagaimanapun meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, dalam merencanakan kemenangan seterusnya malam ini.
Untuk rekod, PJ City pernah mencetak kejutan menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Larkin pada 2019.
Ammar Hakim
Tue Jun 28 2022
Persahabatan Antarabangsa: Sergio Ageuro enggan pandang tinggi kemampuan lawan
Penyerang naturalisasi negara, Sergio Aguero, enggan terlalu memandang tinggi pasukan lawan menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa tier 1 awal bulan depan.
Sergio Aguero lega peroleh jaringan pertama
Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero, mengakui gembira dengan jaringan sulung yang diraih untuk kempen Liga Super musim 2023.
Fandi puas hati aksi pemain Sri Pahang FC
Pengendali Sri Pahang FC (SPFC), Fandi Ahmad berpuas hati dengan aksi pemain pada babak pertama saingan Liga Super menentang Kelantan FC apabila berjaya menjaringkan empat gol sekali gus mencatatkan kemenangan pertama selepas dua perlawanan.
EPL: Aguero beri amaran Haaland bukan Messi
Erling Haaland memerlukan sokongan daripada rakan sepasukannya di Manchester City untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), kata legenda kelab itu, Sergio Aguero, yang percaya hanya Lionel Messi mampu memikul sesebuah pasukan untuk memenangi gelaran.
Piala AFF: Sergio Aguero sedia pikat hati Kim Pan-gon
Penyerang naturalisasi negara, Sergio Aguero, mengakui teruja menerima panggilan sulung untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF bermula 20 Disember ini.
Satu penghormatan jadi rakyat Malaysia -- Sergio Aguero
Pemain import Sri Pahang, Sergio Aguero, mengesahkan bahawa pemain dari Argentina itu kini memiliki status warganegara Malaysia.
Julian Alvarez timba ilmu daripada Aguero sebelum ke Manchester City
Julian Alvarez mendedahkan bahawa dia telah pun menyerap banyak maklumat mengenai Manchester City daripada legenda kelab itu, Sergio Aguero, sebaik membuat perpindahan rasmi selepas perlawanan terakhirnya bersama River Plate.
Tunku Ismail sokongan tindakan MFL
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,menysokong tindakan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengguna pakai pemansuhan manual syarat pemain naturalisasi berkuat kuasa sejak 2020.
Aguero tidak anggap persaraannya satu tragedi
Sergio Aguero menegaskan persaraannya bukan satu tragedi ketika dia mengimbau kembali perjalanan karier gemilang yang mengajarnya untuk "menukar kekalahan kepada kemenangan".
Aguero terpaksa bersara kerana masalah jantung
Sergio Aguero terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak pada usia 33 tahun kerana masalah jantung.
Matildas captain Kerr to miss Olympic Games
Sam Kerr to miss Olympic Games
Murray knocked out of Geneva Open as Hanfmann books Djokovic clash
Murray slips to Geneva defeat
Real Madrid and Germany midfielder Kroos to retire after Euro 2024
Toni Kroos' final club game will be the Champions League final, with his Germany career coming to an end after Euro 2024.
Earps seeking answers before making decision on Man Utd future
Mary Earps admits the 2023-24 season was a difficult one as rumours surrounding her Manchester United future swirled around her.
Man City 'head and shoulders' above all teams in Premier League era, says James
James: Man City the best of PL era
Hamilton tips Antonelli to replace him at Mercedes
Hamilton tips Antonelli for F1 seat
Postecoglou confident Tottenham players will enjoy controversial Australia trip
Tottenham's post-season trip to Melbourne has been criticised on player welfare grounds.
Salah hints at Liverpool stay, pays tribute to Klopp
Mohamed Salah has been linked with a big-money move to the Saudi Pro League, but he appears set to extend his stay at Anfield.
Montero hails Juventus fight as stunning comeback denies Bologna
Montero credits Juve for fightback
Sargent earns recall as Pulisc, Balogun and Adams headline USA's preliminary Copa America squad
The United States will host this year's Copa America, and their preliminary squad was announced on Monday.