Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berpandangan sekiranya kelab bola sepak di Malaysia tidak ingin menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia, maka langkah menukar kepada jenis rumput Bermuda seperti yang digunakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, wajar dijadikan contoh terbaik.
Kalau tak nak tukar zeon, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput ini sand base. Apabila hujan, tak berlumpur. Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur. Ada juga saya dengar theory yg mengatakan cow grass beri… https://t.co/ngYjfjvdTg
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) October 12, 2024
Sebelum ini, aksi JDT berdepan Perak di Stadium Ipoh terpaksa ditangguhkan buat kali kedua, dua minggu lalu susulan cuaca hujan dan permukaan padang yang berlopak dengan takungan air.
Perkara itu jelas merugikan buat kedua-dua pasukan serta penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Kalau tak nak tukar zeon, tukar kepada bermuda macam Terengganu FC. Dua-dua jenis rumput ini 'sand base'. Apabila hujan, tak berlumpur.
PERLAWANAN TERTUNDA
— Perak Football Club (@perakfcofficial) October 12, 2024
Perlawanan Tertunda antara Perak FC vs JDT yang lalu telah dijadualkan semula pada 10 NOVEMBER 2024 bertempat di STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG. Sepak mula perlawanan adalah pada jam 5.00 PETANG.
Moh Yob Yong kita penuhkan Stadium MPM.
???#PRKvJDT pic.twitter.com/YB9enfSGT6
"Masalah cow grass adalah soil base dan apabila hujan air bertakung atau berlumpur. Ada juga saya dengar theory yg mengatakan cow grass beri disadvantage kepada JDT.
"Tuan-tuan, JDT belum kalah away dalam liga semenjak Mac 2018. 6 tahun belum kalah atas Cow Grass. Jadi tolonglah berfikir secara professional dan meningkatkan infra bolasepak negara." katanya menerusi laman X.