Juara Kejohanan Tenis Wimbledon, Ash Barty, mempunyai peluang yang besar untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo buat Australia.
Itu pandangan bekas juara Wimbledon, Pat Cash, sambil memberikan amaran bahawa masih ada ruang untuk menyaksikan kejutan dalam saingan perseorangan lelaki dan wanita.
Monica Puig mencipta kejutan apabila muncul juara edisi di Rio pada 2016 -- dia yang ketika itu berada di rangking ke-34 dunia mengejutkan Angelique Kerber dalam final selain turut menewaskan Petra Kvitova dan Garbine Muguruza dalam laluannya memenangi pingat emas pertama buat Puerto Rico.
Roger Federer dan Novak Djokovic merupakan dua pemain legenda yang masih belum menikmati gelaran juara Sukan Olimpik, sesuatu yang amat dimahukan jaguh Serbia, Djokovic, dalam memburu Golden Slam tahun ini.
Cash, Bagaimanapun, tidak akan terkejut seandainya ada kejutan dalam Sukan Olimpik kali ini walaupun berharap rakan senegaranya, Barty, dapat mengungguli acara wanita.
Dia berkata kepada Stats Perform: "Acara wanita amat-amat seimbang. Jika anda tidak beraksi baik dalam salah satu perlawanan itu, anda akan tersingkir.
"Akan tiada perlawanan mudah dalam pusingan pertama dalam kejohanan seperti Sukan Olimpik, terutama dalam saingan lelaki dengan tiga set terbaik. Jadi jika anda melakukan kesilapan, anda akan tersingkir.
"Tiada peluang untuk bangkit daripada ketinggalan dua set kerana ia sudah berakhir. Jadi ia agak berbahaya buat pemain seperti Djokovic yang gemar menggerakkan lawannya ke segenap gelanggang.
"Ash mempunyai peluang yang besar untuk memenangi Olimpik tetapi saya fikir ada 30 wanita lain yang yakin mereka juga boleh melakukannya dan mereka mungkin betul.
"Kita pernah melihat keputusan yang tak terduga dalam Sukan Olimpik dan kejohanan pendek seperti itu, juga dalam acara lelaki.
"Amat sukar untuk memperkatakannya tetapi amat jelas (Barty) berada dalam prestasi terbaik dan penuh keyakinan -- ia akan menjadi perjalanan yang panjang untuk memenangi pingat emas," katanya.
Muzaffar Musa
Tue Jul 20 2021
Barty tarik diri daripada Terbuka Indian Wells
Juara Kejohanan Wimbledon dan pemain nombor satu dunia, Ash Barty, menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Indian Wells bulan ini.
Terbuka AS: Masalah servis bukan kebimbangan buat Barty
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, berkata masalah yang dihadapinya sewaktu melakukan servis "bukan satu kebimbangan" selepas mara ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Terbuka AS: Barty lega lepasi saingan sengit Zvonareva
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, lega dan gembira selepas melepasi pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) meskipun menghadapi saingan sengit Vera Zvonareva hari ini.
Masters Cincinnati: Barty bertemu Teichmann dalam final
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, mara ke final Kejohanan Tenis Masters Cincinnati dan akan bertemu pemain dengan tiket peluang khas, Jil Teichmann.
Masters Cincinnati: Barty atasi Krejcikova untuk ke separuh akhir
Ash Barty mara ke separuh akhir keenamnya tahun ini selepas menewaskan seorang lagi juara grand slam, Barbora Krejcikova, dalam Masters Cincinnati hari ini.
Masters Cincinnati: Barty, Osaka ke pusingan 16
Pemain pilhan utama, Ash Barty, dan pemain nombor dua dunia, Naomi Osaka, kedua-duanya menempah tempat ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Masters Cincinnati selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Tokyo 2020: Barty dikejutkan Sorribes Tormo dalam pusingan pertama
Peluang Ash Barty untuk memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 musnah sebaik dia tewas mengejut 6-4, 6-3 kepada wakil Sepanyol, Sara Sorribes Tormo, dalam pusingan pertama acara tenis perseorangan wanita hari ini.
Tokyo 2020: Barty ada peluang besar tapi saingan masih terbuka -- Cash
Juara Kejohanan Tenis Wimbledon, Ash Barty, mempunyai peluang yang besar untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo buat Australia.
Kejohanan Wimbledon: Barty benam Pliskova, julang trofi pertama di SW19
Pemain nombor satu dunia, Ash Barty, menjadi wakil Australia pertama memenangi Kejohanan Tenis Wimbledon dalam tempoh 41 tahun selepas menewaskan Karolina Pliskova di Centre Court malam tadi.
Kejohanan Wimbledon: Barty amat bangga tewaskan Kerber untuk ke final
Ash Barty menjadi pemain wanita Australia pertama layak ke final Kejohanan Tenis Wimbledon sejak 1980 selepas pemain nombor satu dunia itu menyingkirkan bekas juara, Angelique Kerber, malam tadi.
Farris lauds Inter maturity in Empoli triumph but tempers Scudetto hopes
Farris lauds Inter maturity
Arsenal 'looked more like ourselves' in Palace triumph, says Slegers
Slegers: We looks more like us
Marseille 1-1 Strasbourg: De Zerbi's side lose ground in title race
Report: Marseille 1-1 Strasbourg
Solskjaer says Besiktas job reminds him of Man United stint
Solskjaer speaks on Besiktas role
Inter 3-1 Empoli: Martinez stunner helps hosts keep pace with Napoli
Report: Inter 3-1 Empoli
'We want to build on this' - Foden wants more after Ipswich double
Foden: We want to build on this
Manchester City 2-4 Manchester United: Toone hat-trick seals derby day delight
Report: Man City 2-4 Man United
Dele Alli makes football comeback after signing 18-month deal at Como
Dele Alli signs for Como
Ancelotti lauds 'best in the world' Mbappe after Las Palmas brace
Ancelotti lauds Mbappe display
Moyes praises 'fast start' in first win back as Everton manager
Moyes praises 'fast start'