Tiket bagi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia BWF, yang akan berlangsung di Arena Axiata dari 9 hingga 14 Januari depan, akan mula dijual jam 11 pagi esok.

Menurut wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, harga tiket bagi edisi kali ini dijamin lebih rendah berbanding edisi 2023.

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk kenny Goh, ketika ditemui berkata: "Kami bukan sekadar mahu menganjurkan kejohanan ini tetapi kami juga mahu memberikan satu pengalaman yang istimewa dan akan mereka hargai dan ingati dalam ingatan mereka."

Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.