Usai kempen mendukacitakan di Terbuka Malaysia minggu lalu, gandingan sehati sejoli -- Goh Soon Huat-Shevon Lai beralih fokus ke Terbuka India di mana beregu campuran negara itu berjaya loloskan diri ke pusingan suku akhir dengan terbaru menewaskan gandingan China, Cheng Xing-Zhang Chi sebentar tadi.

Berdasarkan ranking dunia dan prestasi semasa -- Soon Huat dan Shevon wajar menang aksi pusingan kedua ini atau Kritikan pedas bakal menghantui mereka yang turut jadikan kempen di India ini sebagai platform memburu mata dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik julai nanti.

Soon Huat-Shevon diajak berkerja lebih keras di aksi game pertama susulan prestasi luar biasa ditampil gandingan Cheng/Zhang yang mengheret permainan ke mata 24 sama.

Mujur baki dua lagi mata berjaya dirampas gandingan negara untuk mereka di depan 1-0 hasil keputusan 26-24.

Momentum positif tersebut terus dikekalkan gandingan Soon Huat & Shevon yang menerajui permainan di game kedua sekaligus sah ke suku akhir hasil keputusan 21-10.