Kegagalan mencuri mata pada saat-saat getir memakan diri Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Ia diluahkan sendiri oleh Wooi Yik selepas berentap dengan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang berakhir dengan kekalahan 18-21, 21-14, 21-19 di Chengdu, sekali gus membenarkan Jepun mengikat kedudukan 1-1 dalam pertemuan suku akhir Piala Thomas, sebentar tadi.

"Ketika berdepan tekanan, kami berusaha untuk kembalikan rentak.

"Kami melepaskan mata penting.

"Mungkin kami juga berasa tekanan," katanya selepas perlawanan.