Tatkala tumpuan terarah kepada perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melakar sensasi apabila muncul naib juara Thailand Masters
2024.


Ini juga menyaksikan wakil pertama negara yang berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir pada edisi 2024 setelah semua pemain lain gagal berbuat demikian.

Selepas tiga kali berturut-turut terkandas di pusingan kedua, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei seakan mendapat tonik apabila berjaya mara ke final Masters Thailand bagi mencatatkan pencapaian paling cemerlang untuk musim 2024.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei yang memburu slot ke Sukan Olimpik selepas tewas kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dalam pertarungan straight set 12-21 18-21.

Ini juga merupakan perkembangan positif kepada kem badminton negara memandangkan ia merupakan permulaan baharu bagi tahun 2024 dan memberi harapan semakin besar bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.