Siapa pernah mengalami pengalaman –- Bila tak tengok, menang. Bila tengok, kalah?
Perkara ini kerap terjadi kepada saya.
Sampaikan kawan-kawan suruh saya jangan tengok perlawanan penting membabitkan wakil negara.
Walapun sekadar gurauan biasa dan satu kebetulan sahaja, saya selalunya memang sengaja tahan diri daripada menonton perlawanan atlet kegemaran dengan sudah awal-awal meletakkan pelbagai alasan -– game lewat malam sangat lah, mengantuk -– kononnya hanya nak dengar berita gembira apabila bangun pagi nanti.
Makanya, saya memilih untuk tidur dan terlepas satu lagi aksi menarik yang dipamerkan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, dalam Seluruh England 2024.
Hanya 36 minit diperlukan pasangan yang digelar The Chipmunks ini untuk mengesahkan kemaraan ke final Seluruh England buat kali kedua dengan menundukkan wakil Chinese Taipei, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan, 21-16, 21-15.
Sup sap sup sap… laju! Keyakinan Aaron dan Wooi Yik cukup tinggi pada pertemuan keempat kedua-dua pasangan ini dan momentum baik yang dipamerkan Aaron dan Wooi Yik dalam kejohanan ini semestinya semakin meningkat juga -– Begitulah respon saya selepas menonton sorotan perlawanan itu di media sosial Astro Arena -– sambil hati berkata pasti lebih mengujakan kalau ditonton secara langsung.
Bagaimanapun saya sempat membaca respon yang ditinggalkan peminat sukan badminton di ruangan komen -– tidak sangka pula ramai yang senasib dengan saya -– takut nak tengok, nanti kalah.
Apapun yang berlaku ketika Aaron dan Wooi Yik membuat perhitungan kali kelapan dengan pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, untuk merebut kejuaraan Seluruh England malam nanti, saya sudah cukup bangga dengan usaha dan semangat yang ditampilkan setakat ini.
Tetapi sudah alang-alang ke final, biarlah pulang dengan kejayaan sekaligus menambah head-to-head mereka yang kini 4-3.
Saya pula sudah pasti akan menonton aksi final yang dibawakan secara langsung dari Utilita Arena Birmingham nanti sebab menjadi tanggungjawab saya ketika bertugas -- kalau tidak, macam mana nak sediakan skrip dan analisis yang tepat untuk siaran berita Nadi Arena.
Suzana Basri
Sun Mar 17 2024
Astro Kem Badminton kembali, Sabah jadi destinasi pertama
Siri Jelajah Astro Kem Badminton (AKB) kini kembali dengan misi mencungkil bakat muda dalam mencari perintis baru skuad badminton negara.
Piala Thomas: Saya terlalu mahu cepat menang sehingga tertekan -- Justin Hoh
Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, berkata dia pada satu ketika berasa tertekan kerana tarlalu mahu cepat memenangi set kedua sebelum terpaksa bangkit dalam set ketiga aksi Piala Thomas menentang Hong Kong di Chengdu, China hari ini.
Piala Thomas: Saya terlalu cari kesempurnaan sehingga buat silap -- Leong Jun Hao
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, berkata dia terlalu mencari kesempurnaan pada awal permainan sehingga tewas set pertama sebelum memenangi dua set berikutnya untuk memastikan kemenangan Malaysia ke atas Hong Kong dalam perlawanan pertama Piala Thomas di China sebentar tadi.
Bagai merpati dua sejoli, Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Piala Thomas: Malaysia harungi jalan mudah atasi Hong Kong
Malaysia merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dalam aksi pembukaan saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, dalam aksi peringkat kumpulan Piala Thomas di Chengdu, sebentar tadi.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Mata pertama yang diperoleh Malaysia ke atas Hong Kong menerusi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, cukup penting dalam memastikan kemenangan pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas di Chengdu, China.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set membenarkan Malaysia meraih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong di Chengdu, China.
Piala Uber 2024: Senarai Pemain Malaysia, Jadual Pertandingan, Carta Kumpulan, dan Info Siaran Langsung (LIVE)
Ikuti perkembangan pasukan badminton negara di kempen Piala Uber 2024 di Chengdu, China secara langsung di laman web Stadium Astro untuk berita, video, jadual, carta kedudukan, dan info siaran langsung terkini.
Al-Khaleej 0-1 Al-Nassr: Ronaldo misfires on return as Laporte nets winner
It was Aymeric Laporte, rather than Cristiano Ronaldo, who spared Al-Nassr's blushes against mid-table Al-Khaleej in Dammam.
IPL: Royals extend lead at the top after Samson and Jurel see off LSG
LSG would have liked their chances of claiming a third straight win when the Royals lost three wickets, but Sanju Samson had other ideas.
Chelsea Women 0-2 Barcelona Femeni (1-2 agg): Holders reach Champions League final again
Emma Hayes will not head to the United States as a Champions League winner after Chelsea suffered semi-final heartache against Barcelona.
Bayer Leverkusen 2-2 Stuttgart: Last-gasp equaliser preserves champions' unbeaten run
Robert Andrich scored in the sixth minute of stoppage time as Bayer Leverkusen kept their remarkable unbeaten run going.
Madrid Open: Nadal roars to victory against De Minaur
As his return from injury continues, Rafael Nadal showed glimpses of his best in an impressive win, while Jannik Sinner also progressed.
Everton 1-0 Brentford: Toffees join Bees in ensuring Premier League status
There will be no nerve-shredding end to the Premier League season for Everton, who have joined Brentford in securing safety.
Juventus 0-0 Milan: Goalless draw ensures Rossoneri retain grip on second
Despite not managing a shot on target, Milan maintained their five-point lead over third-placed Juventus with a 0-0 draw in Turin.
‘Too many draws have cost us’ – De Zerbi
Brighton and Bournemouth meet on Sunday, with both sides still looking to make a late bid for a place in the top seven.
Babar's captain's innings leads Pakistan to victory as series drawn with New Zealand
Babar Azam's 69-run effort led Pakistan to a nine-run victory in Lahore, one that ensures they draw the T20I series with New Zealand.
Sporting CP boss Amorim apologises for holding West Ham talks
Ruben Amorim has confirmed he held negotiations with West Ham this week, apologising to fans of his current club Sporting CP.