Kejuaraan Golden Glove Boxing Championship 2024 yang bermula sejak 26 Febuari telah melaburkan tirainya hari ini dengan tiga kategori yang dipertandingkan sepanjang enam hari berlangsung.

Kategori B-21 yang dipertandingkan adalah untuk pembanggunan para atlet sebagai persediaan sebelum bermulanya Kejohanan Sukan Malaysia 2024 (Sukma).

Presiden Persatuan Tinju Johor, Muhammad Farkhan Haron menyifatkan walaupun Johor dipilih sebagai tuan rumah pada edisi kali ini tetap tiada istilah layanan istimewa kepada atletnya yang bertanding.

"Saya tidak merasakan terdapat kelebihan buat atlet Johor Darul Ta'zim yang bertanding kerana terdapat kategori yang kami juga kalah."

Dia juga bakal bersara pada tahun ini akan bertanding buat kali terakhir dalam satu kejohanan yang berlangsung di Australia untuk mengutip merit bagi melayakkan diri untuk bertanding di Kejohanan Tinju Dunia, october nanti.

"Keputusan untuk bersara dari dunia tinju adalah sukar bagi saya tetapi saya lakukan demi kebaikan di masa hadapan"