Pemain profesional negara, Soong Joo Ven, mengakui mungkin perlu berehat lebih lama daripada jangkaan awal akibat kecederaan ketika Terbuka Switzerland bulan lalu.

Joo Ven sedang menjalani tempoh pemulihan dan bercadang berjumpa dengan pakar perubatan pada minggu hadapan sekiranya ia tidak surut.

"Saya mula dibelenggu kecederaan sejak sesi latihan pertama Terbuka Switzerland lagi jadi saya tetap berlatih dan menyertai Masters Sepanyol pula.

"Isnin lalu saya berjumpa dengan pakar terapi dan mendapati tapak kaki saya masih lagi bengkak.




"Sekarang saya masih perlu menjalani pemulihan pada minggu ini dan lihat sejauh mana perkembangannnya.

"Jika ia berlarutan, saya perlu berjumpa dengan doktor.

"Saya perlu menunggu kepulangan jurulatih saya yang kini menemani Cheah Liek Hou dalam kejohanan di Brazil sebelum membuat sebarang lanjut," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.