Separuh masa pertama menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului Selangor 2-0 dalam aksi final Piala FA Malaysia di Stadium Nasional bukit Jalil, sebentar tadi.

Dua peluang terbaik Selangor hadir menerusi Ronnie Fernandes tetapi percubaan tajamnya berjaya diselamatkan oleh Syihan Hazmi.

Sepakan Juan Muniz dengan kaki kirinya melalui sepakan percuma di luar kotak penalti menewaskan Sam Somerville untuk jaringan pertama JDT pada minit ke-25 sekali gus meletakkan JDT mendahului 1-0.

Tandukan Arif Aiman pada minit ke-42 menambah derita Selangor dengan jaringan kedua untuk meletakkan skuad Harimau Selatan selesa mendahului 2-0.




Dua kad kuning dilayangkan dalam separuh masa pertama kepada penyerang JDT, Heberty Fernandes dan pemain pertahanan Selangor, Fazly Mazlan akibat melakukan kekasaran kepada pemain lawan.

Baki 45 minit seterusnya semestinya bakal menjadi lebih sengit. Terus saksikan aksi final Piala FA di Astro Arena saluran 801HD.