RM22.5 juta menjadi suntikan terakhir di bawah Program Road to Tokyo 2020 bagi merealisasikan aspirasi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.
Setakat ini, 10 atlet daripada empat jenis sukan, iaitu terjun, memanah, gimnastik dan pelayaran sudah mengesahkan tiket ke temasya Tokyo 2020.
Dalam masa sama, badminton, berbasikal trek, karate, renang dan golf juga dikenal pasti sebagai sukan yang berpotensi besar untuk layak ke Tokyo.
Sukan seperti olaharaga juga akan diserap masuk ke dalam program itu jika ada atlet yang mengesahkan tempat ke Jepun.
Berdasarkan pecahan bajet itu, skuad berbasikal trek menerima suntikan paling banyak dengan Azizuhasni Awang disebut-sebut sebagai prospek emas kontinjen negara.
"Secara keseluruhannya, bermula Januari hingga Ogos depan, sebanyak RM22.5j dana akan diperuntukkan untuk Road to Tokyo.
"Dalam masa sama, dana ini diperhalusi bersama pihak persatuan.
"Menjelang temasya itu, mungkin ada keperluan tambahan untuk melonjakkan lagi prestasi atlet dan ia akan diperhalusi sebagai dana tambahan.
"Usaha yang telah diletakkan atlet bukannya bermula tahun ini, ia telah bermula sejak puluhan tahun lalu," kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kepada wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Tambahnya, "Azizulhasni Awang misalnya yang diletakkan harapan untuk menggalas pemburuan pertama emas Sukan Olimpik -- dia ibarat seorang 'superman'.
"Dia giat berlatih dari pagi sampai ke malam dan dia begitu fokus.
"Kita sebagai rakyat perlu beri sokongan penuh dan padu kepada mereka tanpa mengira apa yang akan terjadi.
"Sebab itu saya tidak mahu terlalu membebani atlet Malaysia."
Shaiful Shamsudin
Thu Feb 20 2020
Road to Tokyo: Peruntukan lonjak peluang emas Azizulhasni
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan memastikan dana RM8 juta daripada Program Road to Tokyo mampu membantu pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik buat Malaysia.
Badminton: Empat kejohanan terdekat keutamaan Peng Soon-Liu Ying
Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyasarkan empat kejohanan utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam temasya Tokyo 2020.
Road to Tokyo: Pergi untuk cabar medal -- Norza
Atlet di bawah Program Road to Tokyo 2020 sedar tidak ada istilah penumpang dalam kontinjen negara termasuk skuad badminton yang disasarkan akan membentuk kelompok terbesar skuad negara ke Jepun.
Road to Tokyo: KBS suntik RM22.5 sebagai persiapan akhir
RM22.5 juta menjadi suntikan terakhir di bawah Program Road to Tokyo 2020 bagi merealisasikan aspirasi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.
Silat: Al-Jufferi teruja untuk sumbang emas
Juara silat dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari, optimis dia kini berada di landasan terbaik memburu pingat emas Sukan SEA keempat berturut-turut dalam Sukan SEA ke-29.
Sukan SEA: Pemain senior badminton jadi pembimbing kejayaan
Kontinjen Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) negara memikul tanggungjawab berat dalam merealisasikan misi Kita Juara, tetapi reputasi sebagai sukan terbaik Malaysia menyaksikan badminton berada di bawah tekanan luar biasa.
Norris celebrates first-ever Formula 1 win in Miami Grand Prix
Norris wins Miami Grand Prix
Mitchell, Cavaliers storm back to beat Magic in Game 7 and reach East semi-finals
Cavs beat Magic to reach East semis
Postecoglou: Spurs have a confidence problem to overcome
Postecoglou reflects on Spurs' loss
Roma 1-1 Juventus: Juve miss chance to close gap to second after draw with Roma
Report: Roma 1-1 Juventus
Chelsea 8-0 Bristol City: Blues rout hands Hayes perfect home send off
Report: Chelsea 8-0 Bristol City
Rublev claws back to down Auger-Aliassime in Madrid Open final
Rublev wins Madrid Open
Knight Riders dispatch Super Giants to move top of IPL
KKR move top of IPL
Klopp hails 'special' Anfield following Tottenham win
Klopp: Anfield was a special place
Ten Hag hopeful of Man Utd signings despite 'very good' basis to squad
Preview: Crystal Palace v Man Utd
Milan 3-3 Genoa: Thiaw own goal denies Rossoneri in six-goal thriller
Report: Milan 3-3 Genoa