Menjelang Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung Julai depan, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan Nurul Izzah Izzati memerlukan pelan dan persiapan rapi daripada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Menurut Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, segala pelan dan perancangan rapi sudahpun dirangka bagi menghadapi saingan temasya berprestij itu dan menegaskan segalanya berada pada landasan yang tepat.

"Seperti yang kita tahu, Datuk Azizul dan Shah Firdaus berada dalam program 'Road To Gold' inisiatif khas oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Jadi, mereka sedang menerima segala sokongan yang diperlukan.

"Mereka sedang melakukan persiapan mengikut pelan yang sudah ditetapkan oleh jurulatih mereka sendiri, John Beasley," kata Datuk Amarjit Singh Gill.

Datuk Amarjit akan mengumumkan keputusan muktamad sama ada ketiga-tiga atlet itu berjaya menempah slot ke Sukan Olimpik hujung April ini