Perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei, masih berada dalam perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk ke Kejohanan Piala Uber di Denmark, Oktober depan biarpun tidak akan beraksi dalam saingan Divisyen 1, Kejohanan Jemputan BAM di Bukit Kiara bermula Rabu depan.
Badan induk itu tiada masalah untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu biarpun tidak menyertai aksi pemanas badan berkenaan.
Bekas juara remaja dunia dua kali itu sepatutnya memberikan cabaran dalam kejohanan dalaman berkenaan tetapi kecederaan kaki kanan yang dialaminya menafikan hasrat itu.
Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, pihaknya akan sentiasa memantau keadaan semasa Jin Wei dan enggan terburu-buru dalam mengetepikan pemain itu daripada perancangan mereka.
"Memang dia tidak bermain (dalam Kejohanan Jemputan BAM) kerana masih dalam fasa pemulihan, jadi keamatan latihannya masih belum 100 peratus," katanya kepada Nadi Arena.
"Disebabkan itu kami tidak mahu dia bertanding dalam kejohanan itu.
"Penilaian buat Jin Wei adalah sama ada dia bersedia atau tidak dan bukannya sama ada (prestasi) dia sudah berkarat atau tidak.
"Kerana bagi kami, sekiranya Jin Wei boleh beraksi 100 peratus, tahapnya memang agak tinggi.
"Itulah penilaian kami dan bukan sama ada dia dapat beraksi kerana tidak menyertai kejohanan.
"Jin Wei seorang pemain yang sudah biasa dengan kejohanan besar dan mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menghadapi kejohanan-kejohanan seperti ini (Piala Uber).
"Jika dia tidak dapat beraksi dengan baik, ia kerana tubuhnya masih belum bersedia dan bukan kerana dia tidak bersedia daripada segi mental," katanya.
Muzaffar Musa
Fri Aug 07 2020


Terbuka India: Goh Jin Wei tersingkir awal
Impian pemain badminton profesional wanita negara, Goh Jin Wei, untuk melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Terbuka India 2023 tidak kesampaian apabila ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Sukma MSN: Pulau Pinang akur hilang khidmat Goh Jin Wei
Setiausaha kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, Leong Kin Weng, mengesahkan bahawa mereka terpaksu akur kehilangan satu pingat emas dalam acara badminton perseorangan wanita apabila Goh Jin Wei memilih untuk menarik diri daripada Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN).

Masters Malaysia: Jin Wei tepati ramalan ke pusingan kedua
Pemain perseorangan profesional, Goh Jin Wei, berjaya mara ke pusingan kedua Masters Malaysia selepas menewaskan Zhang Beiwen dengan keputusan straight set.

KLRC masih menanti surat rasmi penggantungan Jin Wei
Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) sedia membantu bekas pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, untuk membuat rayuan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Goh Jin Wei ingin keluar daripada persaraan?
Sukan badminton negara digemparkan dengan berita terbaru apabila pemenang pingat emas acara perseorangan wanita Sukan SEA 2017, Goh Jin Wei, menyatakan keinginannya untuk kembali bermain badminton secara profesional.

Terima kasih Goh Jin Wei
Meraih pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018, siapa sangka itu kali terakhir Jin Wei berada di kemuncak dunia.

Jin Wei umum persaraan
Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, mengumumkan persaraan mengejut hari ini, kurang seminggu selepas dia dinobatkan sebagai sebahagian daripada skuad Piala Uber yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia.

Karier Jin Wei bagaikan dilahirkan semula
Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, menyifatkan penampilan kompetitif pertamanya sejak 14 bulan lalu dalam Kejohanan Masters Orleans di Perancis bulan lalu seperti kelahiran semula buat kariernya.

Jin Wei teruja sertai kejohanan selepas pembedahan usus
Bekas juara remaja dua kali perseorangan wanita dunia, Goh Jin Wei, sudah tidak sabar-sabar lagi untuk kembali mewarnai pentas badminton antarabangsa selepas 14 bulan menjalani pembedahan membuang usus besar.

Piala Uber: Jin Wei masih dalam perancangan BAM biarpun cedera
Perseorangan badminton wanita negara, Goh Jin Wei, masih berada dalam perancangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk ke Kejohanan Piala Uber di Denmark, Oktober depan biarpun tidak akan beraksi dalam saingan Divisyen 1, Kejohanan Jemputan BAM di Bukit Kiara bermula lusa.

'We are waiting for you there!' – Rodrygo would welcome Ancelotti appointment as Brazil boss
Carlo Ancelotti continues to be linked with the Brazil job following the departure of Tite after December's World Cup exit.

Aspas urges Veiga to stay with Celta as 'four of Premier League top 10' weigh up €40million offers
Gabri Veiga is enjoying a breakout season for Celta Vigo and might already be worth far more than his apparent €40million release clause.

Man Utd and Wolves charged for behaviour towards officials
Heated games at Old Trafford and Molineux in the FA Cup and Premier League have led to charges for Manchester United and Wolves.

Spain 'had no plan B' with Luis Enrique – Iago Aspas points to reason for World Cup failure
Spain flopped out of the World Cup when Morocco snatched a stunning scalp, and Iago Aspas feels more could have been done to avoid the exit.

Swiss Open: Zii Jia overcomes Iskandar Zulkarnain's mentee to check into last eight
Lee Zii Jia checked into the Swiss Open quarter-finals after a straight game 21-19, 21-15 victory over Irish opponent Nhat Nguyen on Thursday.

Delay to Man Utd sale could lead to 'vacuum' that impacts transfer business
The deadline to bid for Manchester United passed on Wednesday, though two of the main interested parties reportedly asked for an extension.

LaLiga files eighth complaint after Vinicius suffers racist abuse during Clasico
Vinicius Junior was subject to racist abuse during Real Madrid's Clasico defeat to Barcelona at Camp Nou on Sunday.

UEFA opens investigation into Barcelona-Negreira case
Barcelona are facing allegations of making payments to a company owned by former vice-president of Spain's Technical Committee of Referees.

Horner rules out Red Bull move for Hamilton amid Mercedes woes
Lewis Hamilton's future is once again under scrutiny but Red Bull will not be making a move to secure him from their Formula One rivals.

Boehly apologises after 'disrespectful' Ray Wilkins tribute banner edit in Ted Lasso
A banner paying tribute to Ray Wilkins was edited in an episode of Ted Lasso, leading to criticism from the Chelsea Supporters' Trust.