Pemain badminton beregu campuran legenda negara, Chan Peng Soon, sah akan menggantung raket tidak lama lagi.

Berdasarkan kiriman X terbaru wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, pemain berusia 35 tahun itu akan menamatkan kariernya sebagai pemain selepas kejohanan Masters Malaysia pada Mei depan.

Sebagai rekod, Peng Soon bersama pasangannya, Goh Liu Ying, mencipta sensasi apabila memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio pada 2016.

Selain itu, dia juga memenangi tiga pingat emas Sukan Komanwel, satu emas Kejoahanan Asia pada 2010 selain pernah menduduki ranking nombor tiga dunia sekitar tahun 2012.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.