Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat yang merupakan produk Sekolah Sukan Negeri (SSN) Perak gagal melayakkan diri ke saingan Piala Menteri Pendidikan Malaysia, tahun ini.

Kekecewaan itu sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna buat semua pemain menjelang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Menurut ketua jurulatihnya, Mohd Kamil Hakimie Mohd Nazri, tetap memberi pujian kepada anak buahnya di samping menuntut pengalaman berharga tersebut digunakan sebaiknya untuk memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan.

“Ini adalah permulaan untuk kami bersedia untuk tahun depan bagi mengharungi saingan bolasepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kerana ia adalah penanda aras segalanya.

“Kredit saya berikan kepada pemain-pemain. Ada pasang surut sepanjang musim ini kerana mereka baru mengenali dunia bola sepak yang sebenarnya dan Liga KPM adalah antara yang tertinggi di Malaysia dan semua pemain pemain mahu bermain dengan pasukan pasukan seperti Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT), SMK Taman Desa, Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) kerana ia memberi pengalaman berharga untuk mereka,” kata Mohd Kamil.

Sementara itu, SMK Taman Desa yang diketahui sebagai akademi kepada JDT ingin menumpukan fokus kepada pertandingan berprestij peringkat sekolah tersebut.