Penjaga gawang Kedah Darul Aman (KDA), Kalamullah Al Hafiz, menuntut agar rakan sepasukannya lebih fokus dan berkerja keras sekiranya ingin menempah tempat ke pusingan separuh akhir Piala FA esok.

Pemain berusia 28 tahun itu menggesa nama-nama seperti Muhammad Adib Ra'op dan Syamer Kutty Abba wajar diberikan perhatian sepenuhnya sekiranya skuad Sang Kenari ingin melangkah jauh serta melakar kemenangan.

Dia mengakui berasa sedikit tekanan kerana bermain di laman sendiri memandangkan dalam dua perlawanan terakhir Derbi Utara itu menyaksikan KDA memperoleh dua kemenangan tipis berturut-turut.




"Semua pemain dalam keadaan yang baik, 1-0 kelebihan tipis jadi kami berharap dapat jaringkan gol malam esok. Saya harap pemain fokus dan kerja keras kerana dalam 90 minit macam-macam boleh terjadi.

"Tahun ini kami akan lakukan lebih baik. Pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Adib Ra'op dan Syamer Kutty Abba yang banyak buat hantaran luar kotak.

"Semestinya berasa tekanan sedikit memandangkan bermain di tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri, saya harap saya boleh buat yang terbaik. Kami harap penyokong dapat hadir dan kami akan beri kemenangan." katanya kepada Nadi Arena.