Selangor mengumumkan bahawa kesemua tiket perlawanan saingan minggu ke-14 Liga Super 2024/2025 melibatkan Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah habis dijual.

Sebelum ini Selangor berkongsi menerusi X bahawa 700 tiket penyokong JDT telah terjual sebelum mengumumkan hari ini kesemua tiket perlawanan telah habis dijual.