Menerusi kemas kini laman X Emirates FA Cup, Persatuan Bola Sepak England, telah mengumumkan bahawa seluruh perlawanan timbal balik Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.

Pemansuhan perlawanan timbal balik itu merupakan langkah baru dari FA England dan Liga Perdana Inggeris (EPL), yang akan menyaksikan tambahan duit sebanyak £33 juta (RM 196.04j) untuk bola sepak akar umbi dari liga teratas setiap musim.

Penganjur divisyen kedua Inggeris, English Football League (EFL), akan meneliti desakan itu untuk menuntut keadilan bagi menampung kerugian selepas timbal balik Piala FA dimansuhkan.

Justru, pihak EFL akan membincangkan mekanisma bagi mengelakkan sebarang kerugian berlaku kepada kelab.